Hari ini warga Kuala Selangor dikejutkan dengan beberapa kain rentang politik yang bersifat provokatif, yang memetik ucapan yang kononnya diberi sdr Rafizi Ramli mengenai parti politik seangkatan dalam Pakatan Rakyat.
Setelah menghubungi beliau, saudara Rafizi telah menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Kami telah mengarahkan anggota parti untuk menurunkan kain-kain rentang yang penuh fitnah jahat tersebut.
KEADILAN mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi yang ada di Selangor pada waktu ini untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka.
Hentikan lah permainan politik kuno sebegini!
*Kenyataan media oleh Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN pada 12hb Ogos 2014*