Sejak bila Majlis Syura Ulamak PAS berkuasa ke atas Ahli Parti lain?


Semua dah jadi kelam kabut apabila Majlis syura Ulamak tiba-tiba membuat pendirian sesuatu yang tiada kena mengena dengan dasar PAS.

Harakah melaporkan bahawa "Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."

Aneh! Bukankan Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat".

Maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR!

Dinyatakan bahawa: "keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti."

Sejak bila Majlis Syura Ulamak ada membuat kajian untuk menentukan majoriti rakyat menyokong Tan Sri Khalid?

Dari kalangan ADUN-ADUN Selangor sendiri belum tentu Khalid berjaya memperolehi majoriti inikan pula seluruh rakyat! Sementelah lagi ahli partinya sendiri sudah pun menolak beliau dari dipilih menjadi Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR!

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri.

Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?

Di dalam Islam, siapa kata panglima Islam yang bernama Khalid Al-Walid tidak berintegiriti? Tetapi beliau dipecat dan digantikan olehg orang lain sekalipun seluruh masyarakat Islam ketika itu menyokong Khalid Al-Walid. Tak timbil soal integriti. Tetapi Khalid Al-Walid akur dengan keputusan kepimpinan. menagapa?

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab.

Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak.

Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!~ GreenBoc

Kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak  itu sila baca di ( SINI )

Previous Post Next Post