TG Nik Aziz sokong keputusan Pas Pusat namakan dua calon MB..


Pas masih kekal dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pakatan pembangkang hanya akan menyerahkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, jika baginda menolak Wan Azizah, maka nama Azmin akan disenaraikan untuk jawatan tersebut.

"Bagaimanapun, terpulang kepada baginda Tuanku untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menafikan bahawa Azmin menarik diri daripada disenaraikan untuk jawatan tersebut.

Katanya, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah. 

Sebelum itu lidah Rasmi UMNO juga telah melaporkan..

KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat semalam dalam isu krisis Menteri Besar Selangor.  
Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di sini pagi ini.  
Jawatankuasa Pas Pusat semalam menamakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.  
Bagaimanapun mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang pada sebelah petangnya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar lapor Lidah Rasmi UMNO

Gambar diatas datangnya dari SINI 
Previous Post Next Post