Yuktes Vijay kaki fitnah Anwar Ibrahim diarah dihantar ke Tanjung Rambutan oleh Mahkamah..


SEDIKIT masa dulu, nama Yuktes Vijay agak popular di media arus perdana, dia dijadikan modal untuk menyerang dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Baru-baru ini difahamkan, Yuktes telah membuat satu kenyataan fitnah menuduh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan sengaja menembak dirinya sendiri ‎untuk menjadi popular.

Susulan fitnah tersebut, Sanjeevan telah membuat laporan polis membawa kepada penangkapan Yuktes. 

Ketika pendakwaan di mahkamah Kajang, di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, Yuktes mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, bagaimanapun tiada jaminan ditawarkan kerana dia tidak mempunyai penjamin.‎


Kelmarin aku baru borak dengan seorang kawan tentang dia ni. Aku kata Yuktes ni orang gila, suka hati tuduh orang tembak diri sendiri.

Kita nak cubit diri sendiri pun tak mahu, apa lagi nak tembak diri sendiri.‎ ‎

Menurut Sanjeevan di laman twitter, semalam Yuktes buat kecoh di mahkamah, oleh itu mahkamah telah memerintahkan agar Yuktes dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan serta diberi pengawasan selama sebulan.


Sumber info dari SINI
Previous Post Next Post