Ahli Majlis MPPP yang kritik Kerajaan Negeri dalam Muktamar PAS akan dipecat?


Dalam membahaskan ucapan dasar Presiden PAS bertajuk "Terus Beristiqamah" - yang memasuki hari kedua - dalam Muktamar PAS di Batu Pahat beberapa hari lalu, Perwakilan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Izuree Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan, sebaliknya lebih propemaju seperti yang diamalkan BN.

Rentetan dari ucapannya di Muktamar PAS itu, Izuree telah dibidas oleh dua orang Ahli Majlis dari MPPP yang merupakan rakan sejawatnya, mereka ialah Haris Zuan yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera serta A.Kumaresan Naib Ketua AMK Pulau Pinang..

Haris Zuan menganggap Izuree umpama musuh dalam selimut, kerana taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu yang dicadangkan oleh Izuree belum sempat diadakan, Izuree telah semberono memfitnah Kerajaan Negeri.

Menurut Haris Zuan lagi, beliau tiada masalah jika Saudara Izuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.

Manakala Kumaresan menggesa Izuree untuk menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang kerana mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan mengelirukan rakyat..

Muktamar telah berakhir dan semua perwakilan telah pulang ke tempat asal masing-masing..

Kerana ucapannya yang berbaur fitnah itu, Izuree dilaporkan berkemungkinan dipecat dari jawatan Ahli Majlis yang dijawatnya sekarang oleh Kerajaan Negeri..

AHLI MAJLIS MPPP (PAS) AKAN DIPECAT ? 

Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PAS, Izuree Ibrahim menyelar kerajaan negeri PR Pulau Pinang di Muktamar PAS lalu, mengundang kemarahan rakan-rakan sejawatannya di MPPP.

Mereka telah mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadapnya seperti yang terkandung dalam kenyataan media bertarikh 23 September 2014.

Izuree yang juga Yang Dipertua PAS Bayan Baru, menuduh kerajaan negeri mengamalkan dasar pembangunan yang sama seperti BN-menindas rakyat.

Izuree pernah terlibat dalam sidang media mengugut kerajaan negeri sebelum ini.

Lanjutan itu, pemimpin PAS berkenaan dianggap sebagai 'musuh dalam selimut' kerajaan PR Pulau Pinang seperti mana kenyataan media oleh Haris Zuan salah seorang Ahli Majlis daripada DAP.

Ahli Majlis MPPP menganggap Izuree gagal memahami dan menjalankan tugasnya.

Beliau seolah-olah tidak mempeduli perkembangan pembangunan negeri.

Saya turut menerima salinan sms Izuree kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, YB Wong Hong Wai bagi menjelaskan tindakannya di muktamar.

Izuree mendakwa beliau hanyalah mewakili dan mengikut arahan pimpinan PAS Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, jawatan beliau yang disandang sejak tahun 2010 bakal ditamatkan atau tidak akan dilanjutkan lagi oleh kerajaan negeri.

Zul Mohamed melaporkan di  ( SINI )

Ahli Majlis yang tak faham dasar Kerajaan Negeri sendiri yang sepatutnya difahaminya supaya mudah untuk disampaikan kepada rakyat, sebaiknya letak jawatan atau dipecat..

Aku tak kata Kerajaan Negeri tak boleh dikritik tapi adalah lebih baik jika kritikan itu dibuat melalui saluran yang betul.

Dalam hal ini Izuree sendiri adalah salah seorang Ahli Majlis MPPP dari PAS, beliau berada dalam pihak yang merangka dasar Kerajaan Negeri.

Sebagai Ahli Majlis yang merangka dasar Kerajaan Negeri isu ini sepatutnya dibincangkan didalam mesyuarat Ahli Majlis bukannya dibentangkan dalam Muktamar PAS.

Tetapi Izuree memilih untuk menggunakan isu ini bagi menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri dalam Muktamar PAS?

Lalu ianya dipetik oleh media arus perdana dan digunakan untuk menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang,,

Soalnya kenapa dan untuk apa?


Previous Post Next Post