Azmin Ali dijangka menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB..


Kalau betul spekulasi ini.. Alhamdulillah... dan diharapkan krisis yang menjadikan Pakatan haru-biru kerananya selesai..

Krisis MB inilah yang menjadi punca pergeseran antara pemimpin PKR dan PAS..

Krisis ini jugalah yang menyebabkan pemimpin PKR bertelingkah sesama pemimpin PKR, pemimpin PAS bertelingkah sesama pemimpin PAS..

Dalam arena cyber pula penyokong PAS berperang dengan penyokong PKR.. Penyokong PKR pula berperang sesama sendiri kerana isu MB Selangor ini..

Jika krisis ini berpanjangan maka retak yang ada sudah pasti akan terbelah.. dan pihak UMNO akan ketawa berdekah-dekah...

Tetapi jika ianya adalah benar, akan ada sikit pergolakan dalam PKR  kerana ada beberapa pemimpin yang sangat tidak setuju dengan perlantikan ini..

Tapi.. mampuih pi kat depa!! Khalid yang dah ditolak sejak dua tahun selepas PRU12 lagi boleh mereka terima malah sambung lagi perlantikannya selepas PRU13.. kenapa Azmin tak boleh diberikan peluang?

Sebabnya tidak pernah dijelaskan kepada umum kenapa mereka menolak Azmin.. dan jangan juga ditanya kepada aku kenapa Azmin ditolak, sebab aku sendiripun tak tahu apa sebabnya.

Malah bukan saja aku.. malah pihak yang menentang Azmin juga tak tahu kenapa Azmin bersungguh-sungguh ditolak oleh segelintir pemimpin PKR.

Menariknya yang menolak bermati-matian itu langsung tak ada kena mengena dengan DUN Selangor dan kebanyakkan mereka adalah Ahli Parlimen..

Hinggakan ada yang sanggup berkata "Kalau Azizah tak dapat biarlah PAS yang dapat...".. hmm.. singkat sungguh cara Tuan berfikir ya...

Cuma apa yang aku tahu ialah.. Azmin ni perangainya lebih kurang saja dengan Khalid dalam hal public relation, mudah cerita dia ni berlagak.. bukan aku kata.. orang lain yang kata..

Dikatakan berlagak sebab macam Khalid juga.. susah nak bergaul mesra dengan ahli peringkat bawahan..

Tapi.. dia tak kedekut macam Khalid...

Dan beberapa tuduhan yang dilontar kepada Azmin telah beliau jelaskan kepada Ketua Umum secara terperinci menurut beberapa orang sahabat yang ada dalam MPP, malangnya tak didedahkan kepada umum.

Aku bukannya nak sokong sangat Azmin jadi MB.. tapi bagi aku ini adalah pilihan terbaik yang PKR ada selain dari Presiden.

Lagipun.. ada pimpinan PKR sendiri yang telah berkata "Jika Istana tolak nama Wan Azizah, kita akan kemukakan nama Azmin pula..."

Jadi jika benar Sultan akan memilih Azmin, kenapa pula bermati-matian nak tolak Azmin?

Kalau tak suka sekalipun.. apa kata kita berikan Azmin peluang untuk menunjukkan keupayaannya memimpin sehingga PRU14, paling lamapun 2 tahun lebih saja..

Lepas PRU14 lantiklah orang lain.. jangan diprovoke pihak Istana tu.. buang masa, buang tenaga..

Kita ni kan mentimun.. pihak Istana tu umpama durian.. menggolek kita kena, digolek lagi parahlah kita..

Dalam lain ayat... Jangan buat kerja bodoh!

Laporan berkaitan...

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka mengangkat sumpah esok sebagai menteri besar Selangor yang baru esok, beberapa sumber memberitahu Malaysiakini. 
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok. 
Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah. 
Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok. 
Sumber-sumber dari pejabat menteri besar menyatakan maklumat itu telah mereka diterima, namun masih menunggu hebahan rasmi. 
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," kata sumber kepada Malaysiakini. 
Khalid dijangka mengadakan sidang media petang ini. 
Sementara itu, pihak istana pula dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemilihan Azmin hari ini. 
Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Sejak Khamis lalu, PKR setiap hari mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu masih meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan itu. 
Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Azmin sebagai "tidak tepat". 
Beliau menjawab spekulasi media bahawa istana memilih Azmin sebagai menteri besar - sekaligus menyelesaikan penantian lebih dua bulan mengenai pengganti Khalid. 
Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka. 
Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini. 
Difahamkan Anwar beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menerima calon kedua PKR sekiranya istana mengambil keputusan menolak Dr Wan Azizah. 
Naib presiden PKR Tian Chua malam tadi menegaskan calon kedua harus mendapat restu dan sokongan parti. 
"PKR berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah sebagai pilihan MB kami. Mana-mana nama lain yang dicadangkan, perlu datang dan disokong parti," kata beliau. 
"Saya secara khususnya berkata Pakatan Rakyat terbuka untuk menimbangkan pilihan main termasuk Azmin Ali, asalkan proses konsultasi dijalankan. 
Chua mengulas demikian sewaktu menafikan laporan The Star yang memetik beliau sebagai berkata 'Azmin tiada sokongan PKR'.

Previous Post Next Post