Para strategist mengelarkan tindakan yang dilakukan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebagai perang psikoligi.. tapi rakyat marhaen macam kita ni gelarnya sebagai pembohongan.
7 September lalu Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata PKR Kelantan bersetuju memberi laluan kepada Pas bagi mengambil alih kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon Pas, 25 September ini.
Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui bersama pihak Pas Kelantan dan PKR Kelantan dalam sebuah perbincangan yang diadakan baru-baru ini.
"Pihak Pas Kelantan dan PKR Kelantan telah membuat perbincangan. Secara dasarnya mereka telah membuat pertimbangan.
"Terdahulu, calon PKR dipertandingkan bagi kerusi tersebut, namun kali ini PKR menyatakan kebersediaannya bagi meletakkan calon Pas untuk bertanding," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pas Pusat baru-baru ini..
Bagaimanapun kenyataan Setiausaha Agung Pas itu telah dinafikan oleh Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir..
KOTA BHARU – Ketika beribu penyokong Pas dan PKR menunggu keputusan pemilihan calon untuk PRK Dun Pengkalan Kubor, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan mengatakan Pas akan mengambil alih kembali kerusi tersebut.
Media melaporkan, Mustafa mengumumkan PKR Kelantan bersedia memberi laluan mudah kepada Pas untuk bertanding pada PRK Dun tersebut yang dijangkakan pada 25 September ini.
Bagaimanapun Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara tersebut dan masih lagi menegaskan PKR Kelantan akan meletakkan calonnya di kerusi peninggalan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar itu.
“Saya tidak tahu tentang hal itu, buat masa sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan kepimpinan tertinggi berhubung peletakan calon untuk Dun Pengkalan Kubor,” katanya.
Menurutnya, PKR Kelantan masih lagi berketetapan untuk memastikan calonnya dapat bertanding pada PRK nanti namun akan memberi laluan kepada Pas Kelantan jika perkara tersebut diminta dan diputuskan oleh PKR Pusat.
“Kita tidak ada kuasa untuk beri laluan atau kuasa untuk menyekat pencalonan mereka (Pas), cuma sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih menunggu keputusannya,” katanya lapor Sinar Harian
Tapi bila PKR Kelantan nafikan.. Mustafa Ali kata dia tak tahu menahu pulak sebab tak terlibat dalam perbincangan pasal calon tu..
Menurutnya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, beliau hanya menerima memorandum yang ditandatangani pemimpin dari kedua belah pihak (PKR Kelantan dan Pas Kelantan) bahawa keduanya telah mengadakan perbincangan dan PKR Kelantan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Pas untuk mencalonkan calon mereka bagi PRK kali ini.
"Saya tidak tahu menahu dalam hal ini, saya hanya terima laporan yang ditandatangan oleh Pengerusi PKR Kelantan dan pemimpin Pas Kelantan. Itu sahaja.
"Jika dia (Ab Aziz) nafikan hal tersebut, itu saya tidak tahu, kena tanya semula Pas Kelantan," katanya.
Apa nak jadi ni?