Pesanan buat Pemimpin PKR setelah warkah dari Istana diterima...


Apa yang pemimpin-pemimpin PKR perlu sedar dalam pertembungan dengan pihak Istana ini ialah, kita ini ibarat mentimun dan mereka itu durian, menggolek kita kena digolek kita juga yang merana..

Jika mahu menari rambut dari tepung biarlah rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.. Sultan dah beri muka, maka jalan yang terbaik berkompromilah..

Jangan hanya nak pertahankan satu dua individu PKR dianggap sebagai menderhaka oleh pihak Istana..

Kami di bawah ni tak kisah siapapun yang bakal menjadi MB Selangor asalkan calon yang dipilih untuk dinamakan sebagai MB yang baru punya keupayaan yang lebih baik dari Tan Sri Khalid..

Dan perkara utamanya ialah beliau mampu membantu rakyat lebih baik dari yang Tan Sri Khalid dah lakukan..

Baca sebahagian dari ulasan MSO mengenai isu ini...

Masa untuk menyelamatkan DUN Selangor dibubarkan ekoran kegagalan menyelesaikan kemelut pengganti Khalid Ibrahim masih ada sedikit sahaja lagi. 
Di pihak Sultan Selangor dikira sudah begitu melegakan apabila baginda telah memberi ruang meminta parti-parti Pakatan, PKR, Pas dan DAP menghantar lebih dua nama. 
Sedikit sebanyak sultan telah bermurah hati dan sedia melayan demokrasi di Selangor. Atas budibicara baginda boleh sahaja meminta Khalid "menasihatinya" agar membubarkan DUN Selangor. 
Tetapi nampaknya tidak begitu. Semangat Perlembagaan dan Undang-undang tampaknya dipedulikan oleh sultan. 
Baginda juga peka dengan implikasi yang bakal menimpa batang tubuhnya sekiranya tindakan membubar dewan dilakukan. Baguslah.... 
Kini semuanya terletak kepada PKR bagi menentukan apakah DUN Selangor perlu dibubarkan atau tidak. Kata putus tergenggam dalam tangan PKR. 
Semalam pihak istana telah mengutus surat kepada parti itu agar menamakan nama lain selain Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diklantik menjadi MB. 
Tetapi ada usaha untuk memanipulasikan hakikat surat berkenaan menyebabkan kenyataan dikeluarkan ditarik balik. Kenapa terjadi begini? 
Seolah-olah orang yang melakukan ini sebagai satu sabotaj dalaman pula. 
PKR berpegang kepada prinsip dan pendiriannya menghantarkan hanya satu nama sahaja. Semua orang kena menerima dan menghormati pendirian itu. 
Tetapi dalam politik tidak semestinya pendirian yang betul itu tetapi kalau ia mendatangkan masalah perlu ditegakkan. 
Apakah PKR tetap berpegang kepada pendirian itu hanya mahukan Dr Wan Azizah sahaja?
Kalau itulah pendirian tegas PKR, ini bermakna jalan ke arah pembubaran DUN semakin cerah. 
PKR terutamanya pemimpin yang bersedia untuk memasuki ke pejabat MB bersama Dr Wan Azizah harus berfikir jauh dan berfikir untuk diri sendiri. 
Kalaulah DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan semula, katalah Pakatan Rakyat menang dan PKR sekali lagi diberikan kepercayaan oleh rakannya untuk mengetuai parti, dan nama Wan Azizah juga diajukan kepada sutltan untuk jadi MB apakah keadaan yang berlaku sekarang ini tidak berulang? 
Apakah boleh dipastikan kalau hari ini sultan tolak nama Wan Azizah esok sultan boleh menerimanya.

Walaupun ia tidak mustahil tetapi ia agak mustahil untuk berlaku begitu. Rasanya kalau hari ini jarum tidak dapat meloloskan diri maka kelendan juga tidak akan dapat menurtinya. 
Hari Jumaat tidak akan mendahului hari Khamis kerana sunatullahnya begitu.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Kalau tak baca bagi habis jangan pandai-pandai komen...
Previous Post Next Post