PPS Bahaya sebab Guan Eng ada pangkat kata Khairy


Langsung tak rasional alasan-alasan yang diguna pakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam menyokong tindakan Polis terhadap PPS semalam..

Semalam 134 orang ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak dari empat tahun yang lalu telah ditahan Polis.

Sebabnya ialah Pasukan Peronda Sukarela itu ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS, selain itu tindakan mereka yang menyertai perarakan menyambut hari kemerdekaan juga dilihat sebagai mencabar undang-undang menurut Ketua Polis Negara.

Tapi pemimpin UMNO pula cuba nak perbodohkan rakyat dengan alasan yang tak rasional mereka..

Ada yang berkata.. "Adalah jelas penubuhan PPS bermotifkan politik kerana anggotanya memakai uniform serta turut terlibat dalam kegiatan DAP seperti pasang bendera parti dan berkempen untuk DAP semasa pilihanraya...."

KJ pulak berkata.."Ini bahaya, saya tengok ada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dengan vest unggu, ada pangkat. Tapi tak berdaftar. Ianya bahaya.."

Bahaya sebab ada pangkat rupanya... ha.. ha.. ha...

Laporan berkaitan...

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju dengan tindakan polis yang menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana menurutnya ia merupakan pasukan yang merbahaya.

Katanya, ini kerana pasukan tersebut merupakan pasukan berstruktur serta mempunyai uniform yang melakukan tugas-tugas keselamatan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Malah, katanya, pasukan itu juga dilihat telah mengambil alih tugas polis dalam mengawal keselamatan. "

Ini bahaya, saya tengok ada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dengan vest unggu, ada pangkat. Tapi tak berdaftar. Ianya bahaya.

"Macam Unit Amal PAS, tak ambil tindakan sebab Unit Amal ini di bawah parti PAS walaupun semasa pilihan raya kecil dia menjaga keselamatan. Kita tak ambil tindakan.

"Dia (PPS) dah ambil alih tugas polis," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri senamrobik anjuran radio Era di Kuala Lumpur pagi ini.

Semalam polis menahan kira-kira 154 anggota PPS selepas mereka mengambil bahagian dalam perarakan sambutan hari kemerdekaan di Esplanade di Pulau Pinang.

Selain anggotanya, polis turut menahan Pengerusi PPS, Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.

Selain itu, Khairy berkata lagi, tidak menjadi sebarang masalah kepada mana-mana pasukan untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, menjadi keutamaan bagi pasukan tersebut untuk mendaftar di Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memudahkan segala urusan.

Malah, Khairy turut memberikan contoh dengan mempersoalkan bagaimana pendakwaan hendak dibuat sekiranya terdapat pasukan PPS yang tersalah tangkap individu yang tidak bersalah ketika melakukan pengawalan. .

"Macam mana nak bertindak (terhadap PPS) sebab pertubuhan ini bukan sah," katanya lagi lapor MalaysiaKini

Setahu akulah.. PPS ni tak pernah mengambil alih tugas Polis.. apa yang mereka lakukan ialah sekadar membantu meringankan tugas-tugas Polis secara sukarela..

Kalau PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dianggap sebagai pertubuhan haram oleh Polis, bagaimana pula dengan JKKKP yang diwujudkan oleh UMNO/BN di Pulau Pinang ini.

Terdapat kira-kira 15,525 Pengerusi dan 15,525 Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

Elaun bagi Pengerusi ialah RM800 sebulan manakala elaun bagi Setiausaha pula ialah RM300 sebulan yang dibayar melalui Kementerian Luar Bandar.

Berapa banyak negara bazirkan untuk menjaga kepentingan macai-macai UMNO itu?

Selain dari mentekedarah gaji buta apa tugas mereka sedangkan segala hal ehwal yang melibatkan keselamatan Kampung dipikul oleh JKKKN?

Selain tidak diiktiraf Kerajaan Negeri JKKKP juga adalah antara punca yang akan menyebabkan berlakunya pecah belah di kalangan masyarakat setempat.

Ianya adalah bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri kerana peraturan sedia ada menegaskan bahawa penubuhan JKKK di sesebuah kawasan atau daerah untuk membantu penduduk kampung adalah termaktub di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Selain dari mentekedarah gaji buta apa tugas mereka sedangkan segala hal ehwal yang melibatkan keselamatan Kampung dipikul oleh JKKKN?


Previous Post Next Post