Semakin hari semakin advanced nampaknya penjenayah dalam negara kita ini..
Kalau dulu kita sering mendengar hanya senjatapi dari jenis pistol yang digunakan penjenayah..
Kemudiannya meningkat sikit dengan penggunaan senapang patah dan raifel.. Sekarang sudah memasuki era bom tangan pula..
Persoalannya.. bagaimanakah bom tangan itu boleh dibawa masuk secara haram ke dalam negara kita ini?
Adakah ianya dilontar ke dalam pagar negara oleh penjualnya kepada pembeli di Malaysia?.. tentu tidak.. hang nak mampuih buat macam tu..
Kat mana pulak bocornya keselamatan negara kita ni?
Laporan berkaitan..
Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Saksi yang menunggu kereta ternampak satu benda jatuh dari tingkat dua atas sebuah pub dan kemudiannya meletup.
Mangsa yang parah dan enam lagi cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin.
Beberapa pelancong asing dari Thailand, China dan Singapura antara mangsa yang mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan.
Antara mangsa yang dirawat di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu adalah Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41 dan M A Yunfeng (China).
Selain itu, mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) termasuk Tiong Kwang Yie, Lim Soon Hock, 51, Yoo Loo Hock, 41, Ravindren, 49, Jasu Sae Yor warga negara Thailand, Yong Jia Qin (China) dan Wong Kim Teng (Singapura).
Siasatan awal polis percaya letupan terbabit disasarkan terhadap mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan.
Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.
Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.
Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit.
Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian ini tiada kena mengena dengan militan Negara Islam (IS).
"Kejadian ini lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnya.
"Kita sedang bergerak untuk mengenal pasti individu yang terbabit," katanya lapor Berita Harian