Sudah dua hari sukan separuh bogel ini diadakan di Malaysia, namun hingga ke hari terakhir tidak nampak kelibat yang membantahnya.
Jika sebelum ini, Oktoberfest atau pesta arak tahunan yang dianjurkan Syarikat arak yang telah dirasmikan oleh pemimpin Melayu dari UMNO mendapat bantahan dari berbagai pihak tapi sukan separuh bogel ini nampaknya langsung tidak dibantah mereka.
Isu mengenai Oktoberfest yang diadakan setiap tahun tiba-tiba dibangkitkan oleh ISMA pada tahun ini dan ianya disambung pula oleh Dewan Ulama PAS dan disokong pula oleh Perkasa.
Mereka membantah keras Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 Oktober ini di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan telah mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak PBT yang lain ekoran bertindak berani dan bijak tidak meluluskan pesta arak itu," kata Nasruddin selepas majlis menyerahkan memorandum bantahan kepada PBT di Petaling Jaya 9 Oktober lalu.
Nasrudin turut berkata, tindakan penganjur untuk mengadakan pesta tersebut secara terbuka mencabar sensitiviti umat Islam terutama sewaktu rakyat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.
Program penyerahan memorandum itu turut dihadiri ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) serta kepimpinan PAS seperti Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.
Walaupun pesta arak itu bukanlah diadakan untuk ummat Islam ianya tidak wajar diadakan disebuah negara Islam, tindakan Nasa itu ada kewajarannya..
Tapi.. persoalannya sekarang ialah mengapa sebuah sukan yang separuh bogel boleh pula dibiarkan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil tanpa sebarang bantahan?
Setahu aku.. mendedahkan aurat itu haram hukumnya bagi ummat Islam dan melihatnya juga haram hukumnya sebagaimana arak itu haram buat ummat Islam.
Oktoberfest diadakan untuk bukan Islam.. ummat Islam ditegah sama sekali menyertainya dan ianya dikatakan diadakan secara terbuka.
Walaupun World Wrestling Entertainment (WWE) ini diadakan secara tertutup tetapi ianya tidak menghalang sama sekali ummat Islam menghadirinya..
Dan tertanya-tanya juga aku kemana perginya golongan yang bersungguh-sungguh membantah Oktoberfest itu?
Kenapa mereka tidak membantah sukan separuh bogel yang diadakan disebuah negara Islam ini? sedangkan tarikhnya juga sama dengan Oktoberfest itu?
Dimanakan sensitiviti mereka? Adakah sensitiviti mereka hanya di Selangor sahaja?
KAlau pesta arak dibantah.. sepatutnya sukan separuh bogel ini juga dibantah.. barulah nampak konsisten memperjuangkan Islam...