Berapa kali nak janji Hospital-hospital ni Najib?


Hospital adalah beberapa perkara yang telah dijanjikan oleh Najib dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) semalam..

Ianya dijanjikan kerana bagi Najib "Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan." Berikut adalah petikan ucapan pembentangan Najib yang menyentuh isu pembinaan Hospital itu..

Tuan Yang Dipertua, 
Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan. 
Oleh itu, di bawah RMK-11 ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada 73 ribu katil pada tahun 2020. 
Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi pembinaan 6 hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran. Manakala, 2 buah hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf. Selain pembinaan hospital baru, Kerajaan juga sedang giat menyiapkan hospital di Sri Aman, Sarawak. 
Di samping itu, bagi menambahbaik akses kepada penjagaan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak 33 juta ringgit... sepenuhnya bacalah kat SINI

Aku kurang pasti siapa yang mengarang teks ucapan pembentangan Najib mengenai Hospital itu.. kerana dari enam buah Hospital itu.. ada Hospital yang telah dilaporkan bakal dimulakan pada June 2012 yang lalu..

Berikut adalah laporan dari Utusan mengenai pembinaan Hospital itu..

MARAN 16 Jun - Kerja-kerja awal pembinaan Hospital Maran bakal dimulakan tidak lama lagi sekali gus memberi kelegaan kepada puluhan ribu penduduk yang telah lama mengharapkan kemudahan kesihatan tersebut dapat dibina berdekatan bandar ini. 
Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Mutalib berkata, hospital yang bakal dibina di tapak seluas 10 hektar itu dapat mengurangkan beban penduduk yang sebelum ini terpaksa ke Hospital Bandar Tun Abdul Razak Jengka atau Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk mendapatkan rawatan. 
''Projek pembinaan hospital baru di Maran itu bernilai kira-kira RM65 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan tender bagi projek tersebut akan dikeluarkan pihak berkuasa tidak lama lagi. 
''Apabila kontraktor dilantik, maka kerja-kerja awal membersih tapak akan dilakukan segera manakala kerja pembinaan bangunan menyusul selepas itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan kira-kira 500 pekebun kecil daerah Maran di sini baru-baru ini. 

Tambahnya lagi..

"Kerajaan hanya berjanji jika projek tersebut boleh ditunaikan berbanding pembangkang yang berani berjanji sedangkan janji mereka bohong kerana tidak mampu ditunaikan," 

Kah..kah..kah.. Hospital Maran ni sebelum ini tersenarai untuk dibina di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tetapi atas beberapa masalah teknikal ia dimasukkan dalam pembangunan projek RMK-10.. sekarang masuk dalam projek RMK11 pulak..

Mengenai Hospital Pendang pula.. baca apa yang BERNAMA laporkan pada tahun 2010 di bawah ini..

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Projek pembinaan Hospital Pendang di Kedah yang tertangguh sejak tahun 2006 hanya menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk diteruskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa. 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, projek hospital itu dengan kemudahan 76 katil, telah dipohon semula untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan sekiranya diluluskan projek ini akan dimulakan pada suku kedua tahun depan. 
"Semasa kajian separuh penggal RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan), oleh kerana peruntukan kementerian telah dikurangkan, beberapa projek besar termasuk projek ini terpaksa ditangguhkan. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini. 
Dr Mohd Hayati ingin tahu status pembinaan hospital tersebut seperti yang dijanjikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Bajet 2006 dan punca kelewatan dan perancangan bagi tapak tanah tersebut.

Sama jugak dengan Hospital Maran tu.. janji dari RMK9.. tangguh ke RMK10.. lepas tu tangguh lagi ke RMK11.. ha..ha..ha...


Previous Post Next Post