Pasal tak puas hati dengan tandas Pandikar nak letak jawatan?


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad  mengatakan kekurangan kelengkapan tandas mungkin menjadi sebab antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletakkan jawatan pada awalnya.

"Ia mungkin kemuncaknya. Bagaimana kita boleh tidak menghormati atau mengambil kira suara speaker. Ia paling penting," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengakuan Pandikar ingin meletakkan jawatan.

Menurut ahli Parlimen Johor Baru itu, tandas di pejabat speaker akhirnya sudah diperbaiki .

Pejabat Pandikar yang dahulunya di terletak di bangunan lama Parlimen dipindahkan kerana kerja-kerja pembinaan.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, selain masalah tandas, Pandikar juga berdepan isu lain seperti berhubung Dewan Negara dan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengikut protokol, lebih tinggi kedudukannya dari Speaker Dewan Rakyat.

"Bukan semata-mata sebab Shahidan. Ia juga tentang Dewan Negara. Kita ada Dewan Negara, Dewan Rakyat, jabatan Parlimen, menteri yang menjaga Parlimen - ia gabungan semua perkara ini," katanya.

Pandikar mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju menerima saranannya bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

Pandikar berkata, antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat yang Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan lapor The Malaysian Insider


Previous Post Next Post