Mahathir punca nilai Ringgit jatuh kata Ahmad Maslan..


Malang buat pembayar-pembayar cukai di negara kita ini, kerana cukai yang dibayar itu digunakan untuk membayar gaji manusia kurang cerdik macam ni...

Dulu masa Anwar Ibrahim belum disumbat ke dalam penjara, semua perkara buruk yang melanda negara semuanya disalahkan Anwar Ibrahim..

Sekarang bila Anwar Ibrahim dah dipenjara, Tun Mahathir pula dijadikan 'Kambing Hitam' oleh pemimpin UMNO dan macainya.. kejatuhan nilai ringgit kerana kegagalan Najib mentadbir ekonomi negarapun disalahkan Tun Mahathir..

Kata Ahmad Maslan seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini... “Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,”

Rasanya sebelum Tun Mahathir mengkritik 1MDB lagipun nilai Ringgit Malaysia dah mula jatuh.. masa tu Menteri-menteri yang ada berusaha memperbodohkan rakyat kononnya kejatuhan nilai Ringgit baik untuk ekonomi negara..

Memang baik sebenarnya kalau negara kita mampu mengeksport produk yang keseluruhannya dibina atau dibuat dengan bahan-bahan mentah yang 100% dihasilkan dalam negara..

Tapi masaalahnya ialah untuk menghasilkan produk untuk dieksport kita perlu mengimport bahan mentah dari luar negara..

Jadi bagaimana kita hendak mengeluarkan barangan yang murah jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi kerana kejatuhan nilai Ringgit untuk mengimport bahan mentah dari luar?

Kalau benar serangan Dr Mahathir punca ringgit jatuh, itu bermakna Tun Mahathir lebih berpengaruh daripada Najib yang namanya saja Perdana Menteri tetapi tidak ada pengaruh untuk mengukuhkan ringgit.

Jika benar Tun Mahathir lebih berpengaruh daripada Najib, lebih baik serahkan saja jawatan PM itu kepada Tun Mahathir supaya dengan pengaruh Tun Mahathir ini ringgit dapat dipulihkan semula...

Atau upah Tun Mahathir untuk diam dalam masa sebulan atau dua bulan supaya nilai Ringgit boleh kembali pulih..

Bodohlah hang Ahmad Maslan!!

Laporan berkaitan..

Datuk Ahmad Maslan menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyusutan nilai ringgit berterusan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir sewajarnya berhenti menyerang Najib kerana segala persoalan yang diajukan sudah dijawab presiden Umno itu.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Ahmad berkata, Najib tidak akan tunduk kepada desakan bekas perdana menteri itu untuk meletak jawatan kerana desakan sedemikian tidak membawa keuntungan kepada negara.

“Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketua penerangan Umno itu berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.

“Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada akhbar itu.

Semalam, Bernama melaporkan ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7568/7601 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 2.9793/9822, minggu lepas.

Unit tempatan itu turut merosot berbanding pound British kepada 5.8166/8235 daripada 5.6885/6946 dan susut berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.1842/1887, pada Jumaat lepas lapor The Malaysian Insider



Previous Post Next Post