Ada benarnya bila adik Najib, Nazir Razak ini menulis 'We must remember to place the country & the rakyat first, Not personal interest, not personal loyalties, not even party politics.'
Sebabnya kebanyakkan dari kita sekarang bila terlibat dengan politik baik dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang semuanya boleh dikatakan taksub kepada pemimpin..
Taksub kepada pemimpin parti membabi buta biarpun nampak didepan mata kesalahan dilakukan tapi kerana kepentingan peribadi, buat-buat tak nampak saja..
Nak tegur takut kepentingan tergugat, takut hilang jawatan dan hilang segala yang diperolehi melalui kabel politik..
Kalau sikap ini tidak diubah.. sampai kiamatlah negara kita macam ni..
Laporan berkaitan..
Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak - adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menyifatkan situasi politik Malaysia sebagai "masa gelap politik".
Dalam satu posting di Instagram, Nazir meletakkan gambar Tugu Negara.
Katanya, mereka berkorban supaya kita boleh membina sebuah negara.
Dalam masa gelap politik ini, katanya, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat.
"Bukan kepentingan peribadi, atau kesetiaan peribadi, atau malah bukan politik parti," kata Nazir, yang mengetuai CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara ini.
Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Menurut laporan The Wall Street Journal Jumaat lepas, sebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan dalam bulan Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dan Mac 2015.
Najib telah menuduh pengkritik utamanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di belakang dakwaan tersebut.
Najib memberitahu pemberita semalam bahawa perkara itu sudah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan wajar yang boleh diambil dari segi perundangan lapor Malaysiakini