Lester yang bankrap boleh keluar negara tapi Tony Pua dan Rafizi dihalang pula.. kenapa?


Pelik tapi benar.. yang sepatutnya tidak boleh keluar negara kerana bankrap boleh ke luar negara tapi yang tidak bankrap pula dihalang keluar..

Menurut Tony Pua beliau tidak dibenarkan meninggalkan negara ini selepas ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai imigresen hanya memaklumkan mereka mendapat arahan "daripada pihak atasan"

Semakan oleh Malaysiakini di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia juga menunjukkan Pua bukanlah satu-satunya ahli politik yang dihalang ke luar negara, sebaliknya nama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga diletakkan pada status sama.

Laporan oleh Malaysiakini itu bacalah di SINI

Tapi yang bankrap dan sepatutnya tidak boleh keluar negara kerana Jabatan Insolvensi Malaysia tidak membenarkannya boleh pula ke luar negara..

Ni dari Jabatan Insolvensi Malaysia..

"Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya."

Mamat yang nama Lester ni boleh pulak dengan mudah keluar negara bukannya sekali tetapi lebih dari sekali..

 Lester Melanyi mendakwa sebahagian besar dokumen mengenai 1MDB yang tersebar kepada umum sudah diubah suai bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. 
Dia juga mendakwa bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo "dua atau tiga kali" di London antara 2012 dan 2013. 
Namun berdasarkan maklumat diperoleh, Lester diisytiharkan bankrap dan mengikut peraturan, seseorang yang berstatus begitu tidak boleh meninggalkan negara. 
Malaysiakini membangkitkan isu itu ketika berhubung dengan Lester melalui aplikasi WhatsApp.

Malaysiakini: Anda mendakwa bertemu Justo di London, anda diberi kebenaran Jabatan Insolvensi untuk meninggalkan negara dengan status anda yang bankrap? 
Lester Melanyi: Tolong buat semakan. 
Malaysiakini: Kami memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi.

Lester Melanyi: Saya tahu. Soalan pintar untuk memerangkap penipu. Anda semak bila saya di London dan bila saya diisytihar bankrap. 
Malaysiakini: Bila anda diisytihar bankrap? 
Lester Melanyi: Tak apalah, kawan... 
Semakan Malaysiakini mendedahkan Lester diisytihar bankrap pada Jun 2012.

Ha.. ha.. ha.. menarik bukan?.. kenapa agaknya?


Previous Post Next Post