Penggantungan The Edge bukti kerajaan sembunyikan sesuatu, kata Cenbet


Kesahihan kerajaan dipersoalkan kerana ia memilih untuk menggantung dua penerbitan yang mengkritik firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memberikan gambaran yang ada sesuatu yang hendak disembunyikannya, kata Centre For A Better Tomorrow (Cenbet).

Dalam satu kenyataan lantang hari ini, Cenbet berkata penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu juga merupakan satu salah guna kuasa dalam usaha mendiamkan suara yang membangkitkan mengenai penyelewengan dalam kerajaan.

Katanya, kedua-dua penerbitan itu menimbulkan kebimbangan yang sah ke atas berhubung penggunaan dana awam oleh 1MDB – tetapi kebimbangan ini kekal tidak terjawab.

Cenbet berkata, jika kebimbangan ini terjawab, tidak akan timbul keperluan untuk diwujudkan pasukan petugas khas yang kini sedang menyiasat 1MDB.

"Sebuah kerajaan yang menghentikan 'Fourth Estate' daripada menjalankan tugasnya kelihatan seperti mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan.

"Penindasan ke atas hak untuk maklumat adalah regresif, mendera dan menindas.

"Kesahihan kerajaan kini dipertikaikan," kata Cenbet.


Previous Post Next Post