Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditahan dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.
Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).
The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dijalankan pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.
Pasukan petugas khas itu antara lain dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.
Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.
Isu itu mula ditimbulkan hasil laporan The Wall Street Journalyang menerbitkan salinan dokumen didakwa mereka sebagai bukti pengaliran dana berkenaan lapor Malaysiakini
Sementara itu The Malaysian Insider pula telah mendedahkan nama dan juga alasan tangkapan dibuat pihak Polis..
1 Ogos, 2015.Seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang bekas penasihat agensi pencegah rasuah, Tan Sri Rashpal Singh, yang ditangkap pagi ini kini ditahan untuk disoalsiasat selama satu hari, berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, berkenaan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Mereka ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di mana mereka dibawa selepas ditahan pagi ini
Kalau macam ni.. kebal lah Najib.. siapa lawan dia kena pecat.. nak tumbangkan Najib dianggap nak tumbangkan Kerajaan.. siapa siasat dia kena siasat sebab menjejaskan demokrasi berparlimen.. hmm...