Lepas salahkan Pembangkang, Jamal salahkan Peniaga di Petaling Street pula..


"Ini semua kerja pembangkang. Orang-orang Umno dan NGO-NGO yang pro kepada Umno tidak akan melakukan perkara sebegini," katanya kepada pemberita selepas himpunan 'baju merah' di Padang Merbok semalam..

"Dalam ramai orang yang hadir kita tak tahu siapa mereka. Baju merah tak boleh dijadikan sebagai bukti mereka ini di kalangan kami.

"Baju merah ini boleh dibeli di mana-mana pun, dengan hanya memakai baju merah dan menuduh kami adalah tidak adil," katanya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mereka yang berada di Petaling Street daripada kalangan kami. Ia di luar dari laluan, kami berarak dari Jalan Conlay sehingga ke mari (Padang Merbok).

"Saya percaya mereka ini sengaja buat provokasi ingin 'merampas' program yang baik ini. Saya percaya mereka ini bukan daripada kalangan kami.

"Kita datang hari ini untuk menghadiri perhimpunan aman bagi menunjukkan solidariti orang Melayu, bagaimana sopannya orang Melayu jadi mereka itu bukan daripada kalangan kami," katanya...

Itu kata Jamal bila sekumpulan peserta perhimpunan 'baju merah' di Jalan Petaling didakwa melakukan provokasi dan masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan pancutan air ke arah mereka..

Tapi itu semalam.. hari ini pula dah lain alasannya..

Jika semalam dia salahkan Pembangkang hari ini dia salahkan peniaga pula.. kononnya ada peniaga yang menjual produk tiruan dan bahan lucah sebab itulah macai-macainya merusuh..

Kah.. kah.. kah.. apa punya alasan ni??.. budak-budak tu turun ke KL sebab nak demo atau shopping?

Bukan semua rakyat Malaysia bodoh dan boleh diperbodohkan Jamal..

Baca ni..

Insiden kecil yang berlaku di Petaling Street oleh sekumpulan lelaki memakai baju merah semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan barangan yang dijual di situ.

Pengerusi Himpunan Rakyat Bersatu, Datuk Jamal Yunus berkata, majoriti barangan yang dijual adalah produk tiruan termasuk CD dan VCD lucah serta cetak rompak.

Katanya, kebanyakan peniaga di situ pula bukan warganegara, sebaliknya dimonopoli oleh warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

"Ini punca insiden semalam. Peserta baju merah ini ke Petaling Street untuk membeli belah, tetapi mendapati barangan yang dijual adalah tiruan dan peniaga pula bukan orang Cina tempatan atau Melayu.

"Ketika kejadian itu saya bersama 300,000 peserta baju merah di Padang Merbok. Saya terima panggilan dari Balai Polis Dang Wangi dan Bukit Aman minta saya hadir ke tempat insiden.

"Saya tidak kenal kumpulan yang membuat kekecohan ini, tapi saya dengar apa masalah mereka. Mereka tidak puas hati dengan produk yang dijual dan kenapa kebanyakan peniaga asing yang bolot perniagaan di situ," katanya pada sidang media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden semalam yang menyebabkan anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan meriam air untuk menyuraikan kekecohan itu.

Menurut Jamal, beliau berjanji dengan kumpulan itu untuk mengangkat masalah mereka kepada kerajaan dan menganggap kejadian sebagai kes terpencil.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, beliau mengunjungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya pagi tadi untuk menyampaikan masalah yang dibangkitkan kumpulan berkenaan. - MalaysiaGazette

Sejak bila Kerajaan dah berikan kuasa kepada macai-macai untuk membenteras produk tiruan dan VCD cetak rompak ni?

KPDNKK kan ada kenapa tak buat laporan?


Previous Post Next Post