1MDB: Pemuda MCA turut pertikai Najib, kaitkan Skandal 1MDB dengan "Skandal Watergate"


Walaupun berada dalam Parti yang dah tek berapa relevan lagi bagi masyarakat Cina.. sekurang-kurangnya mereka ini lebih berani dari Pemuda UMNO..

Berani juga mereka mempersoalkan beberapa perkara yang dipersoalkan rakyat kebanyakkan kecuali macai-macai..

Tak main angguk dan sokong saja walaupun penjelasan yang diberikan Najib mengenai isu derma RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaunnya menimbulkan lebih banyak persoalan..

Antara persoalan yang dibangkitan oleh wakil Pemuda MCA ialah..

- Mengapa Najib menukar peguam negara ketika siasatan 1MDB dibuat?
- Mengapa Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjadi menteri?
- Mengapa Najib saman orang lain dan bukan Dr Mahathir yang lantang mengkritik pelbagai isu?
- Adakah Najib setuju dengan kenyataan Mahathir?"

Ada Pemuda UMNO yang berani tanya Najib soalan yang wakil Pemuda MCA tu tanya?.. takkan berani punyalah..

Laporan berkaitan..

Kekalutan isu RM2.6 bilion yang membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan utama kepada Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Salah seorang perwakilan berkata, jika perdana menteri tidak menyelesaikan isu berkenaan Malaysia mungkin menyaksikan berlaku "skandal Watergate" di negara ini.

Watergate adalah insiden yang memaksa Richard Nixon meletak jawatan sebagai Presiden AS pada Ogos 1974.

Seorang lagi perwakilan berkata kepimpinan MCA perlu meletak jawatan daripada kabinet jika Najib didapati melakukan sebarang salah laku.

Wakil dari Kepong, Tan Hock Guan berkata rakyat kini keliru apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan saling bercanggah berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Memetik kata-kata "kejujuran adalah dasar terbaik" Hock Guan menggesa Najib membuat penjelasan mengenai isu berkenaan atau mungkin berdepan nasib seperti Nixon.

"Dalam kes 1MDB, berhubung pemindahan dana RM2.6 bilion ke akaun persendirian, kenyataan dibuat bertukar ganti berkali-kali.

"Ini mengingatkan kita kepada skandal Watergate," katanya.

Terkubur dalam perangkap sendiri

Dalam skandal itu, kata Hock Guan, Nixon gagal memberi penjelasan mengenai isu yang ditimbulkan sehingga ia menyebabkan presiden ke-37 AS itu terpaksa meletak jawatan.

"Nixon tidak berkata benar, tidak membuat penjelasan, malah secara konsisten campur yangan dalam siasatan dibuat. Maka masalah menjadi semakin besar.

"Dia akhirnya terkubur dalam perangkap yang dibuatnya sendiri," katanya.

Nixon berundur daripada jawatannya ekoran tekanan daripada pelbagai pihak selepas akhbar Washington Post mendedahkan tokoh politik Republikan itu mengintip talian telefon di ibu pejabat parti Demokrat.

Sementara itu wakil dari Pendang, Kedah, Tan Chee Tong turut membangkitkan persoalan kepada Najib sambil mendesak penjelasan memuaskan dibuat.

"Mengapa anda menukar peguam negara ketika siasatan 1MDB dibuat? Mengapa anda melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjadi menteri?

"Mengapa anda menyaman orang lain dan bukan (Tun) Dr Mahathir yang lantang mengkritik pelbagai isu? Adakah anda setuju dengan kenyataan Mahathir?" katanya.

Sesetengah orang, kata Chee Tong, tidak berani berbalah dengan Najib kerana takut kedudukan dalam kerajaan terancam.

"Saya percaya MCA dan Pemuda MCA tidak akan kekal dalam kerajaan jika kebenaran diketahui (dan Najib didapati bersalah," katanya lapor Malaysiakini



Previous Post Next Post