Pada penghujung Ogos tahun 2013 telah dilaporkan Jabatan Imigresen satu operasi pemutihan terbesar telah digerakkan oleh beberapa agensi Kerajaan.
Jabatan Imigresen telah mengetuai operasi tersebut, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 135,000 anggota akan terlibat dalam proses pemutihan yang digerakkan di seluruh negara.
Pihak berkuasa pihak berkuasa dilaporkan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara pada masa itu..
Biarpun operasi tersebut dianggap yang terbesar.. hasilnya hari ini masih ramai lagi rupanya pendatang asing dinegara kita ini..
Dan mereka dipercayai menjadi punca muncul semula beberapa penyakit yang selama ini kita sudah tidak mendengar mengenainya di negara kita ini..
Kementerian Kesihatan menegaskan semua warga asing yang bekerja di negara ini secara sah telah melalui pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan vaksin untuk mencegah mereka daripada menyebarkan pelbagai penyakit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, permit pekerjaan tidak akan dikeluarkan jika prosedur kesihatan itu tidak dipatuhi, malah mereka yang dikesan menghidap penyakit berjangkit selepas bekerja di negara ini akan dihantar pulang.
Katanya, pihaknya bagaimanapun tidak mempunyai kawalan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai menjadi penyebab kepada wabak demam kepialu yang menular di ibu negara, justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen diminta bertindak memberkas golongan berkenaan.
“Prosedur kesihatan ini sentiasa dilakukan sebelum datang ke Malaysia, setiap satu bulan mereka juga diarahkan menjalani rawatan kesihatan dan jika ada yang didapati menghidap penyakit berjangkit akan dihantar pulang.
“Jabatan kesihatan juga sentiasa memeriksa premis-premis makanan untuk memastikan standard kebersihan dipatuhi, jika tidak premis itu akan diarah tutup,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas mengenai penularan wabak demam kepialu di ibu negara apabila 32 individu dikesan menghidap penyakit itu sejak Ogos lalu.
Menurut Hilmi, berikutan penularan wabak itu, Jabatan Kesihatan akan mempergiat operasi pemantauan dan pemeriksaan di semua premis makanan di Kuala Lumpur untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan.
“Kalau didapati kotor, premis akan diarah tutup selama dua minggu, selepas itu kita periksa balik jika kebersihan sudah dipatuhi baru boleh beroperasi kembali,” katanya.
Sementara itu, katanya, pihaknya sedia bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen bagi membanteras PATI dan mengesan kedai makan yang beroperasi tanpa lesen di seluruh negara lapor Utusan
Tapi.. rasionalnya kita tidak wajar salahkan Kerajaan sepenuhnya dalam isu Pendatang Asing ini.. sebab tanpa permintaan tak akan ujud penawaran..