Buat yang masih dan sedang cuba berjinak-jinak dengan UMNO tu.. baca dan fahamkan apa pandangan seorang veteran UMNO tentang UMNO dulu dan kini..
Kata Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail ahli-ahli UMNO sekarang tidak ikhlas dalam perjuangan seperti UMNO dulu-dulu..
Katanya lagi yang bertanding nak jadi Ketua Bahagian itu pun bukannya kerana nak membantu rakyat tapi hanya nak mencari kekayaan..
Macai-macai kena faham tu.. bertanding bukan untuk membela rakyat tapi nak penuhkan tembolok sendiri..
Bacalah!!
"Ahli-ahli UMNO sekarang sudah tak ikhlas dalam perjuangan seperti zaman saya dulu. Kalau tidak, kita tidak akan hilang undi sehingga banyak kubu UMNO tewas kepada pembangkang,".
Ringkas kata-kata ahli veteran UMNO, Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail apabila diminta pandangan ketika berbual santai dengan wartawan MalaysiaGazette pagi tadi.
"Kembalilah kepada perjuangan asal UMNO yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah membawa kepada kemerdekaan negara.
"Ikhlaskan hati dan jangan jadikan UMNO sebagai lubuk mencari kekayaan sehingga tidak mempedulikan perjuangan parti," katanya yang juga merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Ujar Zaleha, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang memang sengaja tidak membantu rakyat kerana merasakan diri mereka sudah ada segala-galanya.
"Kalau kalah pun mereka tidak peduli sebab mereka dah kaya. Itulah yang berlaku dalam dunia UMNO hari ini.
"Bertanding untuk menang jawatan ketua bahagian pun hanyalah untuk dijadikan jambatan mencari kekayaan, bukan meneruskan perjuangan membela nasib rakyat seperti yang sepatutnya," jelasnya.
Kata Zaleha yang bakal berusia 80 tahun pada tahun depan, selagi rasa cintakan parti tidak benar-benar diserap ke dalam darah daging, UMNO tidak mungkin akan menjadi sebuah parti yang sukar digugat lagi.
"Semuanya terletak di tangan ahli-ahli UMNO hari ini untuk mengembalikan kegemilangan parti," katanya. - MalaysiaGazette
Nampak??.. banyak kali dah aku tulis benda macam ni.. tapi macai-macai yang baru sehari dua bergiat dalam UMNO kata aku buat certita.. sekarang apa cerita?