Betullah apa yang disuarakan oleh Blog Pro UMNO ni tentang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri yang galak bercakap tentang isu Vape sehari dua ini..
Tanggungjawabnya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membantu masyarakat luar bandar bukannya menyibuk dalam hal yang berkaitan Kementerian Kesihatan.
Sebagai Menteri dalam kerajaan, dia boleh meminta budi bicara pihak Kementerian Kesihatan dan Kabinet supaya menangguhkan tindakan terhadap peniaga vape sebelum satu peraturan yang khusus mengenainya dibuat dan dikuatkuasa.
Beliau tak perlu menyuarakan tidak puas hati secara terbuka sedangkan perkara itu boleh dbincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Kerja sendiri tak buat dia menyibuk mencampuri kerja orang pulak.. apa motifnya agaknya?
Nak meraih populariti atau sebab ada kaum kerabat dia yang turut membuka kedai vapor tapi dah diserbu Kementerian Kesihatan?
Baca ni..
Amat menghairankan melihat respon yang ditunjukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri yang dilihat begitu bersungguh-sungguh memberikan komen beliau tentang isu penggunaan rokok elektronik atau vape akhir-akhir ini.
Pelbagai kenyataan dari beliau yang membela penggunaan vape yang mengandungi cecair nikotin turut menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, kerana ia melibatkan soal akta racun dan peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan sebelum ini.
Pada pandangan penulis, selaku menteri di dalam kerajaan, mungkin beliau boleh meminta budi bicara pihak Kementerian Kesihatan dan kabinet supaya menangguhkan tindakan terhadap para peniaga vape sebelum satu peraturan yang khusus mengenainya dibuat dan dikuatkuasa.
Namun entah mengapa, penulis tidak mengerti apa tujuan sebenar beliau untuk membuat kenyataan ‘menongkah arus’. Apakah untuk mengambil kesempatan untuk meraih populariti di sebalik isu yang sedang hangat, atau mahu meraih sokongan peribadi dari kalangan peniaga dan pengguna vape?
Kita semua sedia maklum bahawa bahan nikotin yang digunakan di dalam ramuan cecair vape itu adalah tertakluk di bawah Akta Racun, di mana pengedaran, penjualan mahupun penggunaannya adalah di bawah kawalan pihak berkuasa.
Apakah Ismail suka melihat pelanggaran undang-undang berlaku di negara kita semata-mata mahu meraih populariti untuk diri sendiri?
Pada pandangan penulis, Kementerian Kesihatan patut diberi peluang untuk menangani isu vape memandangkan ia adalah di bawah bidang kuasa kementerian tersebut. Tahulah mereka buat keputusan dan jika Ismail hendak beri komen, beliau boleh komen dalam mesyuarat kabinet, bukan?
Pada penulis, adalah lebih baik bagi Ismail Sabri memberikan tumpuan beliau terhadap rakyat di kawasan luar bandar. Sekiranya dihitung congak, pilihan raya umum mungkin akan berlaku di negara kita kurang dari tempoh 3 tahun dari sekarang.
Apakah Ismail pasti bahawa para penyokong Barisan Nasional dan rakyat di kawasan luar bandar sudah terjaga segala keperluan dan kebajikan mereka? Jangan sampai dibuktikan ada lagi golongan miskin tegar di luar bandar, mana Ismail hendak letak muka?
Bagaimana pula dengan bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar? Semua sudah ada bekalan air bersih dan terjamin? Bagaimana pula keadaan rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak? Semuanya sudah berpuas hati dengan khidmat yang Ismail beri? Janganlah pula terlalu asyik dengan ‘telur penyu’ sahaja…
Sehingga kini, apakah keadaan sosio-ekonomi para penduduk kampung yang dilihat masih jauh lagi jurang pendapatannya dengan penduduk bandar? Jika sekadar kaji selidik tapi tiada satu pun cadangan atau mekanisme berkesan untuk merapatkan jurang tersebut, tidak perlulah sibuk ‘kacau’ kementerian lain.
Bagaimana pula dengan “Low Yat 2”? Sudah wujudkah “Low Yat 2” yang diheboh-hebohkan Ismail sebelum ini? Jika ada, di mana premisnya? Berapa peniaga yang ada? Berapa ramai pula pengunjungnya? Berapa ramai pula Melayu yang sudah kaya raya kerana “Low Yat 2”?Adakah lebih gah dari Plaza Low Yat? Atau sekadar retorik politik semata-mata?
Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )