Kalau tepatlah ramalan A Kadir Jasin yang mengatakan Najib cuba melambatkan pilihan raya umum ke-14 ini diharap pihak Pembangkang gunakanlah masa yang ada ini untuk perbaiki keadaan antara pembangkang..
Hentikanlah menyerang antara satu sama lain, tumpukan pada matlamat yang sama iaitu menyingkir UMNO/BN dari tampuk pemerintahan negara..
Sudah-sudahlah bercakar sesama sendiri tu.. rakyat yang mengharapkan perubahan langsung tak memperolehi sebarang keuntungan dari percakaran ini.. yang untung adalah UMNO/BN.
Mana tak untungnya.. dikala UMNO dilanda krisis kepimpinan, dibelenggu berbagai skandal yang masih tak berjaya dijelaskan kepada rakyat, menyusahkan hidup rakyat dengan berbagai kenaikkan yang turut menaikkan kemarahan rakyat kecuali macai.. pihak pembangkang juga berada dalam situasi haru biru..
Gunakan peluan yang ada ini sebaik-baiknya.. hentikanlah bercakar sesama sendiri demi rakyat..
Sejarah telah membuktikan.. sebarang pertandingan 3 penjuru hanya menguntungkan UMNO/BN..
Laporan berkaitan..
Menulis dalam blognya, Kadir berkata Najib tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memberi amaran, rakyat Malaysia "jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konconya untuk tidak mengadakan PRU."
Najib kini menerima tekanan berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan deposit RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, 2 isu yang turut menimbulkan hura hara dalam partinya, Umno.
"Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN)," tulis Kadir.
Katanya, rakyat perlu melihat ke satu era baharu di mana Umno dan BN bukan lagi tempat bergantung, kerana tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepentingan rakyat di bawah kepemimpinan sekarang.
Mereka bertindak seolah-olah mereka “lord and master of the universe”, katanya.
Kadir (gambar, kiri), yang sering mengkritik pentadbiran Najib, berkata rakyat perlu memikirkan politik yang "lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan".
Beliau juga menggesa rakyat bekerjasama dan mencadangkan gerakan non-partisan (yang tidak berpihak) ditubuhkan dengan menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.
Kadir berkata, dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia dan rakyat perlu menunjukkan mereka peduli dan "akan melakukan apa saja" demi menyelamatkan negara.
Kebijaksanaan semasa atau "conventional wisdom" pula, katanya, tidak lagi berkesan dalam membetulkan kerajaan kerana "Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama".
"'Conventional wisdom' nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.
"Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah," katanya lapor The Malaysian Insider
Kalau terus bercakar jugak.. jangan bermimpilah nak tawan Putrajaya pada PRU14 ni.. jadi pembangkang sampai matilah..