Di Pulau Pinang ada 40 DUN, 10 dikuasai oleh UMNO/BN, 19 dari DAP dan 10 dari PKR manakala 1 dari PAS.. tapi semalam PAS Permatang Pauh dah putuskan hubungan dengan wakil tunggal PAS di Pulau Pinang ini..
Dari 10 Kerusi DUN yang dikuasai oleh PKR, 1 DUN diwakili oleh seorang wanita iaitu DUN Penanti..
Beliau diletakkan untuk bertanding di DUN Penanti pada PRU13 yang lalu bagi memenuhi kuota calon Wanita PKR Pulau Pinang.
Walaupun dirinya seorang wanita, boleh dikatakan suaranya paling lantang menentang dan menegur kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbanding dengan lain-lain ADUN PKR..
Bukan baru sekali.. tapi dah banyak kali aku dengar cerita yang mengatakan beliau mengamuk dalam Sidang DUN ataupun mesyuarat Kerajaan Negeri..
Dulupun tersebar cerita kononnya beliau nak letak jawatan.. sebab banyak usul-usulnya ditolak oleh Speaker DUN.. yang datangnya dari PKR.. Bro! bagi laluan laa..
Antara usulnya yang ditolak ialah untuk mendapatkan ketetapan DUN bagi memohon menguatkuasakan akta dan garis panduan sedia ada untuk mengurangkan risiko banjir dan kemudaratan kepada penduduk dan alam sekitar.
Usul yang baik untuk rakyat... tapi kena tolak.. entah pasal apa aku pun tak tahulah..
Hari ini dalam membahaskan Belanjawan 2016 Kerajaan Negeri Pulau Pinang suaranya kedengaran lagi..
Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Norlela Ariffin hari ini mempersoalkan Bajet 2016 kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.
Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 6 November lepas, sebanyak RM31.93 juta diperuntukkan untuk produk pelancongan di kawasan George Town dan bahagian pulau negeri ini.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini.
"Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan di negeri ini namun dalam Bajet 2016 langsung tidak memberi peruntukan untuk program inap desa khususnya di kawasan kampung.
"Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya.
Norlela berkata kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan negeri harus memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.
Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.
Jahara berkata masalah banjir di Penanti berlaku sejak sekian lama dan masih gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini - The Malaysian Insider
Betullah apa yang dia pertikaikan tu.. Pulau Pinang ni bukannya terdiri dari bandar-bandar secara keseluruhannya.. banyak lagi Kampung-kampung..
Kalau kawasan bandar di berikan peruntukan yang besar.. tak boleh ke kawasan perkampungan juga di berikan peruntukan untuk dimajukan juga sebagai produk pelancongan?
Macam inilah YB yang rakyat mahu.. bersuara mempertikaikan apa yang tak betul demi rakyat.. Bukannya masuk Dewan.. sibuk dengan WhatsApp, Twitter ataupun Facebook..
Apa pun TAHNIAH YB sebab tak jadi 'Rubber Stamp Guan Eng'!!