Walaupun Semua Samannya Dibekukan, Putrajaya Bayar RM60 Juta Pada Syarikat AES


Putrajaya sudah membayar fi perkhidmatan sebanyak RM60,122,080 kepada 2 syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak beroperasi pada 2012, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Liow memberitahu Putrajaya sudah membayar RM27,181,584 kepada ATES Sdn Bhd dan RM32,940, 496 kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

"Sehingga 25 Ogos, 2015 kerajaan membayar fi perkhidmatan (control service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM60,122,080," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sepanjang tempoh 4 tahun ia beroperasi, sebanyak 2,144,921 saman juga sudah dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula pada September 2012 dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar melancarkan 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Polis yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pada awal penguatkuasaan, projek AES menerima kritikan daripada ramai pihak dan dijadikan modal pembangkang semasa kempen pilihan raya umum pada 2013 lalu.

Selepas kontroversi tercetus, Pejabat Peguam Negara juga bertindak membekukan semua saman dikeluarkan susulan pelbagai masalah teknikal yang timbul dalam penguatkuasaan undang-undang dalam AES lapor The Malaysian Insider


Previous Post Next Post