Apa Dah Jadi Dengan Makmal Kaji Kos Sara Hidup Rakyat Khairy?


Dari satu sudut memang bagus apa yang Khairi suarakan ini sebab ini sememangnya apa yang dibicarakan oleh ramai rakyat kecuali macai ketika ini..

Apa yang disuarakan olehnya samalah seperti rungutan mak cik aku, jiran belakang rumah, Pak Cik yang bawa teksi, Pengawal di sekolah anak aku, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.

Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, dibawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor oleh berbagai media..

Samada dengan rungutan Ketua Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan itu tak penting..

Yang pentingnya Khairi dah suarakan rungutan rakyat marhaean tentang situasi semasa bukannya bergaduh tak habis-habis sesama pemimpin macam yang dok ada tu..

Dalam perhimpunan Agung UMNO berkatalah Khairy..

Segala kenaikan itu harus dihentikan kerana ia ibarat "mencurah minyak ke dalam api" terhadap kemarahan rakyat. 
"Mungkin ada yang tertanya-tanya, ketua Pemuda ahli jemaah menteri. Tidakkah beliau bersuara dalam Kabinet? Ingin saya tegaskan di sini pendirian saya sama di dalam dan di luar Kabinet.

"Bila ada pembentangan yang menambahkan beban, saya sentiasa bersuara untuk cuba elakkan kesengsaraan terhadap rakyat.

"Sebagai contoh, tol lebuh raya. Terpaksa dinaikkan kalau tidak kerajaan kena bayar pampasan RM500 juta. Saya selaku ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang akujanji BN. Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita.

"Dan pada hari ini saya ingin tegaskan, Pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk 2 lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun," katanya. 
Beliau berkata, meskipun sebagai pemimpin beberapa "langkah pedih" terpaksa diambil, namun hakikatnya rakyat sudah tidak lagi boleh menerima kenaikan itu. 
"Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke 'breaking point'. 
"Jadi cukup-cukuplah. Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara. Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough," katanya yang juga menteri belia dan sukan.

Bagus... cuma aku tertanya-tanya apa dah jadi dengan Makmal Kos Sara Hidup Rakyat yang telah diumumkan olehnya pada tahun 2013..

KUALA LUMPUR: Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. 
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan. 
Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan. 
“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan. Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” katanya kepada Astro AWANI.

Apa dah jadi agaknya dengan Makmal Kaji kos sara hidup tu?.. sudah dibakul sampahkan atau sekadar bercakap untuk memperlihatkan keperihatinnya terhadap masyarakat?


Previous Post Next Post