Shafie Pula Bersuara Mengenai Derma RM2.6Billion Itu..


Terbaik dari Shafie Afdal.. "Ia bukannya persoalan sama ada boleh diterima atau tidak, tetapi ia adalah persoaalan mengenai akauntabiliti".

Persoalannya disni ialah adakah 191 Ketua Bahagian UMNO yang mendengar auta Najib dalam taklimat tertutup mengenai isu derma RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaunnya itu faham apa maknanya AKAUNTABILITI itu?

Tentu tak faham apa maknanya akauntibiliti ni.. sebab itulah mereka memberikan respon positif terhadap auta Najib itu..

Akauntibiliti ini ialah sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu dalam membuat keputusan atau tindakan serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. 

Sekiranya Akaunbiliti tiada, maka bolehkah anda percaya kepada Najib dan terus menyokongnya?

Laporan berkaitan..

Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal. 
"Beliau perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini. 
"Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara di Kuala Lumpur, semalam. 
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima RM2.6 bilion dari sumber asing itu, sesuatu yang boleh diterima. 
Katanya, ia bukannya persoalan sama ada boleh diterima atau tidak, tetapi ia adalah persoaalan mengenai akauntabiliti. 
Najib telah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik kepada Umno dan program tanggungjawab sosial korporat. 
Bagaimanapun, Shafie yakin bahawa RM2.6 bilion itu tidak ada dalam penyata akaun parti. 
"Jumlah itu tidak ada dalam penyata akaun (Umno). Memang tak bentang pun. 
"Ia tidak masuk ke dalam akaun Umno. Ia masuk dalam akaun beliau (Najib). Jadi, saya pasti ia tidak dalam akaun Umno," katanya. 
Shafie yang digugurkan sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada bulan Julai, berkata beliau juga telah membangkitkan perkara itu dalam kabinet. 
Bagaimanapun, katanya, beliau hanya diberitahu bahawa wang itu datang dari seorang "penderma Arab" dan setakat itu sahaja lapor Malaysiakini

Shafie pun dah kena kencing rupanya.. dulu Najib kata kat dia  wang itu datang dari seorang "penderma Arab" tapi semalam pulak dalam TV Najib kata wang itu datangnya dari penderma-penderma..

Maknanya bukan seorang penderma tapi ramai penderma.. lihat video tersebut di ( SINI )


Previous Post Next Post