Sudahlah Najib!!.. salahkan Anwar Ibrahim kan lebih senang..


Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Kata Najib, faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran,"

Bukan kelemahan kita tapi faktor diluar kawalan... satu alasan yang amat dipercayai oleh macai-macai..

Tak ada sesiapapun yang menyalahkan negara dalam isu yang melibatkan ekonomi ini tapi yang dipersalahkan ialah pemimpin yang memimpin negara..

Najib tak perlu menuding jari keberbagai arah macam lagu 'Bangau oh Bangau' itu.. cuma mengaku dirinya telah gagal sebagai Menteri Kewangan..

Nilai ringgit jatuh yang dipersalahkan ialah kejatuhan harga minyak dunia.. tapi jika kita bandingkan nilai matawang kita dengan nilai matawang negara Brunei yang bergantung sepenuhnya terhadap eksport minyak.. mengapa nilai matawang kita yang menurun tetapi nilai matawang Brunei tidak?

Begitu juga dengan Arab Saudi.. secara lojik jika apa yang Najib kata itu benar kenapa harga atau bayaran untuk menunaikan Haji atau Umrah itu meningkat..

Sedangkan sepatutnya jika kejatuhan harga minyak menyebabkan nilai ringgit susut nilainya, nilai matawan Arab Saudi juga sepatutnya menyusut dan harga untuk menunaikan Haji atau Umrah tidak meningkat..

Kalau kenaikkan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China dijadikan alasan.. mengapa nilai matawang Thailand tidak menyusut sebagaimana nilai ringgit.. begitu juga dengan nilai matawang Singapura..

Kenapa Singapura yang kecil itu boleh mengekang kemuncupan ekonomi biarpun mereka boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada ekonomi dunia.. tetapi Malaysia tidak?

Ekonomi Singapura, Indonesia dan Thailand juga terdedah dengan faktor luaran dan global tetapi kenapa kemuncupan ekonomi Malaysia lebih teruk?

Sudahlah Najib!!.. salahkan Anwar Ibrahim kan lebih senang..

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara. 
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China. 
"Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat. 
"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran," katanya. 
Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini, di Putrajaya hari ini. 
Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 
Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan, kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini. 
"Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara. 
"Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$32 dan AS$33 setong. Dengan ini, kita perlu 'recaliberated' (pengubahsuaian) pada Bajet 2016," katanya. 
Beliau juga berkata tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk 'normalise'kan (menormalkan) kadar faedah menyebabkan Dollar Amerika lebih kukuh berbanding nilai mata wang di seluruh dunia, termasuk Ringgit. 
Selain itu, katanya, kelembapan ekonomi China juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. 
Beliau memberikan contoh seperti apabila berlakunya pengurangan pembelian kereta akan menyebabkan kurangnya pembelian tayar, sekali gus mengakibatkan pengurangan pembelian getah ~ Malaysiakini

Bukakah RM30 Billion kekurangan hasil hegara berikutan penyusutan harga minyak itu telah berjaya ditampung melalui GST yang mengaut lebih dari RM30 Billion?



Previous Post Next Post