Anwar Tak Katapun Dia Tak Setuju Jatuhkan Najib..


Pesan dia yang disampaikan oleh Kak Wan ialah.. “Anwar kata, janganlah tetapkan jatuh seorang sahaja kita dapat perbaiki keadaan. Jangan katakan seorang dah jatuh sistem kita akan baik, tidak..

“Pada 1998, kita laung ‘undur Mahathir’, ‘jatuh Mahathir’ tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Lagi teruk,”

Maknanya.. kalau Najib dijatuhkan sekalipun tetapi sistem tak ditukar dan UMNO/BN masih lagi jadi kerajaan.. sama sajalah.. macam meniaga buluh kasap.. dapat hujung pangkal lesap..

Jadi laporan dari SelangorKini dengan tajuk "Anwar Tidak Setuju Jatuhkan Najib" adalah tafsiran wartawannya mengenai apa yang dipesan oleh Anwar dan disampaikan oleh Kak Wan tu..

Laporan itu sudahpun ditarik... dan digantikan dengan laporan seperti di bawah..

SEGAMBUT, 26 FEB: Langkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja, pesan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesanan Anwar itu disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.

DSWAKatanya, Anwar juga mengingatkan masalah dihadapi negara ketika ini menekan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk isu keadilan.

“Anwar kata, janganlah tetapkan jatuh seorang sahaja kita dapat perbaiki keadaan. Jangan katakan seorang dah jatuh sistem kita akan baik, tidak! Inilah yang kita laung-laungkan reformasi itu.

“Pada 1998, kita laung ‘undur Mahathir’, ‘jatuh Mahathir’ tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Lagi teruk,” katanya semalam ~ SelangorKini

Kalau Najib jatuh.. Zahid Hamidi pulak naik.. apa kejadahnya?.. Najib dari UMNO.. Zahid pun dari UMNO jugak, dah lebih dari 50 tahun UMNO berkuasa.. bukannya makin elok, makin melingkup adalah..


Previous Post Next Post