Entah mana punya perumpamaan yang Annuar Musa pakai ni.. aku pun tak tahu tapi apa yang aku faham ialah dia maksudkan kalau jumpa yang lebih baik tolaklah UMNO..
Cuma yang aku nak persoalkan di sini ialah.. Tidakkah Ketua Penerangan UMNO ini tahu bahawa duit atau dana yang dimiliki oleh MARA itu adalah milik rakyat bukannya milik UMNO?.. begitu juga dengan MARA itu sendiri..
Beliau diamanahkan untuk menjaga dan mengurus dana dari keringat rakyat itu dengan baik dan amanah yang diserahkan kepadanya itu bukanlah percuma.. dibayar gaji untuk melaksanakan amanah tersebut..
Mengapa pula dia bercakap seolah-olah MARA itu milik UMNO dan hak milik dia.?
Apa dia ingat duit atau dana yang MARA miliki itu hasil dari derma yang Najib kutip ke?.. bodo..
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata pihak yang tidak lagi suka kepada Umno boleh mengundi menolak parti itu.
“Kalau tidak suka MARA, pindalah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kami (Umno) akan pertahankannya.
“Kalau kamu jumpa malaikat baru dan Umno pula (dirasakan) jadi setan, undilah tolak kami,” katanya kepada kira-kira 200 pelajar dalam acara penganugerahan surat penerimaan untuk pemohon-pemohon pinjaman MARA.
Menegaskan Umno juga tidak lepas daripada salah dan kurang, Annuar berkata terdapat perbezaan antara pihak yang hanya mengkritik dan yang dilantik berkhidmat kepada rakyat.
Beliau juga menyindir, antara perkara-perkara paling menyeronokkan dalam dunia adalah makan percuma dan tidak membayar balik pinjaman.
Katanya, sebelum itu MARA sudah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk tajaan pendidikan tanpa menghebohkan-hebohkannya.
Bagaimanapun, kali ini sedikit pengubahsuaian perlu dibuat, kata ketua penerangan baru Umno itu.
Beliau menyelar penyebaran berita-berita secara meluas di Internet yang mendakwa MARA mengabaikan tanggungjawabnya membantu pelajar bumiputera lapor MalaysiaKini
Sama saja kriteria yang Annuar Musa ada dengan Ahmad Maslan ada.. Ketua Penerangan UMNO memang standard dia macam ni kot?