PKR Persoal Tindakan Guan Eng Singkir 2 ADUN Dari GLC..


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata biro politik parti berkenaan mempertahankan keputusan mereka membela dua ADUN di Pulau Pinang yang disingkirkan daripada jawatan lantikan kerajaan negeri.

Bercakap kepada media di majlis sambutan Tahun Baru Cina PKR Bukit Lanjan sebentar tadi Azmin berkata keputusan biro itu dibuat kerana kedua-dua ADUN terbabit memainkan peranan mereka sebagai wakil rakyat.

November lalu lima daripada wakil rakyat PKR di Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata kelima-lima wakil rakyat parti itu "mengikut suara hati" untuk mengambil pendirian berkenaan kerana ia melibatkan isu alam sekitar yang rumit.

Pada masa sama parti itu tidak bersetuju mengenai usul dibawa Umno di DUN Pulau Pinang. Dua ADUN yang ditamatkan perkhidmatannya daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga).

Ong diketepikan daripada jawatan pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.

Menurut Azmin sebelum ini PKR membuat keputusan membantah tindakan dikenakan terhadap ADUN mereka di Pulau Pinang.

"Ini bukan soal saya, ini Biro Politik PKR telah membuat keputusan membantah (tindakan dikenakan oleh Pulau Pinang).

"Saya tak pasti sama ada ibu pejabat telah pun menghantar surat seperti yang telah diputuskan oleh biro politik untuk memaklumkan pendirian PKR dalam perkara ini," katanya.

Menurut ADUN Bukit Antarabangsa itu, wakil rakyat PKR memainkan peranan mereka sebagai anggota dewan untuk membrikan pandangan dan maklum balas kepada kerajaan negeri.

"Mereka (ADUN) bukan membuat fitnah. Yang kita tolak (ialah) budaya fitnah dan tohmahan. "Sebagai ahli DUN mereka membrikan maklum blas dan pandangan.

"Perkara ini perlu diraikan dan tak perlu diambil tindakan, tetapi apabila ada cadangan untuk memecat mereka daripada GLC, biro politik dua minggu yang lalu mmbuat ketetapan menghantar surat kepada kerajan Pulau Pinang supaya perkara ini dapat dibincangkan secara baik dan dalam harmoni," katanya lapor Malaysiakini


Previous Post Next Post