Derma RM2.6 Bilion: Editor Kanan Utusan Pulak Menjadi Mangsa..


Seorang editor kanan Utusan Malaysia meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia hari ini, Ku Seman Ku Hussain mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya untuk akhbar itu.

“Malam ini (malam tadi) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 33 tahun empat bulan tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya.

“Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini,” tulis anak kelahiran Perlis itu.



Dalam tulisan itu, Ku Seman mengenang kembali suka dukanya berkhidmat dengan Utusan sejak melapor diri hari pertama pada 1984 dengan Tan Sri Zainuddin Maidin, ketua pengarang kumpulan Utusan ketika itu.

Ku Seman bagaimanapun tidak menyebut secara langsung sebab pengundurannya.

Bagaimanapun, sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lantaran tulisan berjudul "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" itu, kolum beliau yang biasanya terbit di Mingguan, edisi Ahad Utusan “hilang” begitu sahaja.

Perkara itu menarik perhatian perbagai pihak, termasuk selebriti terkenal Sabri Yunus, bekas pengarang Berita Harian Sutung Umar RS dan Zainuddin, tokoh wartawan negara.

Ku Seman juga sebelum ini mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu dana itu laporan penuh sila baca di SINI

Pengunduran Editor Kanan Utusan itu disahkan oleh Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.

Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.



Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.

“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.

Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.

Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.

“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.

“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.

“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Previous Post Next Post