KM Melaka Akui BN Langgar Akta Pilihanraya PRU13 Lalu..


Nak bodek.. tapi kurang cerdik, jadi macamnilah.. Gara-gara nak bodek dan mempertahankan Presiden UMNO yang namanya Najib itu.. Ketua Menteri Melaka secara tak sengaja telah mengakui BN telah melanggar Akta Pilihanraya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengakui perkara ini dalam usahanya mempertahankan RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib.

Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat yang telah dideahkan oleh Mukhriz sebelum ini, mereka telah dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.

Kat bawah ni undang-undang pilihanraya.. bukannya undang-undang tok nenek aku..

Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu.

Mereka yang didapat bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, terbatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak seorang pengundi.

RM1.5 Billion tu.. cuba bahagi dengan 222 Parlimen dan 576 Kerusi DUN..

Parlimen.. 222 x 200,000 = RM44,400,000.00
DUN 576 x 100,000 = RM57,600,000.00
Jumlah keseluruhan = RM102,000,000.00

Tapi BN dah habiskan lebih dari RM1,500,000,000.00?.. pergh!! berapa kali ganda lebih ni?.. tunggang langgang akta pilihanraya kena langgar..

Laporan berkaitan..

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik yang berjumlah RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa Najib pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum yang lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat itu mereka dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.

"(Tetapi) saya tidak ingat perdana menteri berkata RM1.5 bilion (adalah) dari sumbangan RM2.6 bilion.

"Dia tak kata dari jumlah RM2.6 bilion itu, RM1.5 bilion telah dibelanjakan. Saya tak fikir begitu.

"Terpulang untuk berfikir sama ada ia dari sumbangan RM2.6 bilion atau dari sumber lain," katanya ~ MalaysiaKini

Kalau Pembangkang yang belanja banyak ni untuk menang dan menang PRU13 haritu.. esok lusa terbatallah kemenangan dan PRU semula..

Tapi.. dah depa yang buat.. tak pa.. kita buat tak bolehlah..



Previous Post Next Post