Muhyiddin Mungkin Tak Keluar UMNO Sebab Skandal '1BestariNet'.. Tapi Penyokong-penyokong Dia Ni?


Kalau Muhyiddin tu mungkin takut 'Skandal' dia didedahkan kalau keluar UMNO.. tapi penyokong-penyokong dia ni entah apa kepentingan yang mereka ada dalam UMNO itu tak tahulah aku..

Setakat kibar bendera separuh tiang sebagai tanda protes ni.. tak payahlah.. buang masa saja.. Najib sikitpun tak hairan laaa..

Muhyiddin menurut beberapa orang sahabat aku dari UMNO, diyakini mereka tidak akan keluar dari UMNO sebab '1BestariNet'.. dia berani keluar UMNO dan kutuk UMNO dari luar.. segala yang berkaitan dengan Skandal '1BestariNet' itu akan dibongkar..

Sikit info pasal '1BestariNet' ni..

Laporan telah dibuat kepada SPRM sejak Julai tahun lalu untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), phasa pertama projek ini yang dah perhabis RM663 juta adalah satu kegagalan. 

Fasa Kedua dan Ketiga melibatkan kos melebihi RM1 Billion..

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.

Ada pihak mendakwa ada penglibatan menantu Muhyiddin dalam pembabitan projek ini. YTL pula sudah diketahui umum YTL adalah syarikat kroni kepada Dr Mahathir.

Tu serba sikit tentang '1BestariNet'.. berikut adalah laporan tentang penyokong-penyokong Muhyiddin tu..

PETALING JAYA: Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengibarkan bendera separuh sebagai protes penggantungan belaiu sebagai Timbalan Presiden UMNO. 
Tindakkan itu dipercayai dilakukan di beberapa kawasan UMNO Johor, ekoran masih belum dapat menerima hakikat Muhyiddin yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan kini hanya ahli biasa di dalam parti Melayu itu. 
Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan kerana membayangkan UMNO ‘sudah mati’. 
“Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO “sudah mati” di hati mereka,” tulisnya di bolognya shahbudindotcom.blogspot.my. 
Mengibarkan bendera separuh tiang kebiasaannya sebagai tanda penghormatan, berkabung, atau kemalangan. 
Sebelum ini, beberapa kawasan UMNO di Kedah bertindak mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) secara terbalik bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pimpinan UMNO khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak lapor FMT

Tu antara sebab pemimpin UMNO yang dah termakan dedak tak berani keluar UMNO walau apa jadi sekalipun..keluar saja habis semua skandal terbongkar..

Dengar cerita dari Johor, sudah ada pihak yang akan tampil untuk mendedahkan beberapa projek misteri ketika Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.. kita nantikanlah..


Previous Post Next Post