Sehari Selepas Deklarasi Rakyat Ditandatangan, Najib Panggil Semua MP BN Ke Seri Perdana..


Tak tahulah aku kalau ini satu kebiasaan.. tapi kalau satu kebiasaan tak ernah pulak aku terbaca sebarang laporan yang mengatakan Najib adakan perjumpaan dengan semua MP BN sebelum mesyuarat Parlimen..

Menariknya perjumpaan ini dibuat setelah sehari 'Deklarasi Rakyat'ditandatangani oleh Mahathir dan Muhyiddin serta 50 ahli politik bukan dari UMNO..

Kenapa agaknya?.

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengadakan mesyuarat pra majlis dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Keempat yang akan bermula Isnin ini.



Mesyuarat itu berlangsung selama kira-kira satu jam setengah bermula jam 8.30 malam tadi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek, ketika ditemui selepas mesyuarat itu, berkata ia bagi membincangkan mengenai aturan soalan yang akan dikemukakan dan dijawab pada sesi Parlimen kali ini.

"Ini adalah mesyuarat yang biasa diadakan sebelum sidang Parlimen. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berjumpa semua Ahli Parlimen BN untuk membincangkan persediaan sebelum sidang bermula.

"Perdana Menteri menekankan Ahli Parlimen dan Menteri perlu hadir untuk menjawab soalan pada sesi penggulungan," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut meminta semua Ahli Parlimen BN untuk membuat kerja dengan tekun dan ikhlas serta menjaga kawasan masing-masing.

Katanya, hampir semua Ahli Parlimen BN hadir pada mesyuarat itu.

Ditanya sama ada mesyuarat itu ada membincangkan mengenai tindakan pemimpin UMNO yang menandatangani deklarasi menentang Perdana Menteri semalam, Hasan berkata ia hanya membincangkan mengenai persediaan sidang Parlimen lapor Berita Harian

Sebelum ini.. Hassan Malek telah mendedahkan UMNO mungkin mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal

PETALING JAYA: Umno mungkin memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, kata Datuk Seri Hassan Malek.

Ahli Majli Tertinggi (MT) Umno itu memberitahu The Star Online bahawa Umno tidak boleh bertolak ansur dengan musuh di dalam parti.

"Kami tidak boleh bertolak ansur dengan semua perkara karut ini dan tidak mahu mempunyai musuh di dalam parti," katanya.

Beliau berkata presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

"Kami biasanya mempunyai mesyuarat sekali setiap bulan tetapi saya percaya perkara ini memerlukan mesyuarat tergempar.

"Kami perlu melakukan sesuatu mengenainya kerana jika anda mahu bersama kami, anda bekerja dan menyokong kami. Sebaliknya ia lebih teruk lagi," katanya.

Beliau berkata tindakan Muhyiddin dan Shafie menandatangani deklarasi 'Selamatkan Malaysia' amat memalukan parti.

"Kami malu dengan tindakan timbalan presiden yang digantung dan juga naib presiden.

"Mereka terlupa bahawa ini adalah musuh utama dan mereka duduk bersama dengan menandatangani deklarasi tersebut," katanya lapor mStar

Kata tak goyang.. tapi kenapa nampak kelam kabut saja ni..


Previous Post Next Post