Dulu 'Tidak Cerdik', Sekarang Mahathir Kata Ahli UMNO Bisu, Pekak Dan Buta Pula..


Kalau kita compile semua anggapan Tun Mahathir terhadap ahli UMNO dan Pemimpinnya.. bagaimana agaknya sifat mereka sebenarnya?

Dulu Mahathir pernah mengatakan UMNO hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangang serta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.

Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.

Laporan mengenainya silalah baca di ( SINI )

Hari ini pulak Mahathir dilaporkan berkata kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta.

Sebabnya mereka tahu kesalahan yang dilakukan oleh Najib.. tapi masih membuta tuli menyokongnya..

Laporan berkaitan..

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri. 
“Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno. 
“Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. 
“Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong,” tulisnya di laman blog. 
Menurut Dr Mahathir, kerana kepentingan diri dan tamak, ahli Umno dan pemimpin parti itu sanggup menjual kepentingan diri, bangsa, negara dan agama. 
Soalnya apakah mereka berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit negara dan mengenakan cukai GST ke atas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM42 billion. 
“Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin. 
“Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. (Tan Sri) Shahrir (Samad) mengaku dia terima satu juta dan (Datuk) Ahmad Maslan dua juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan,” katanya. 
Dr Mahathir berkata Najib yang memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU-13 juga telah memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai satu daripada sepuluh negara yang mengamal rasuah terbesar. 
Katanya, Najib sendiri dicemuh di seluruh dunia. 
“Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara,” katanya. 
Atas sebab itu, menurut Dr Mahathir berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib dan membidas ahli-ahli Umno yang menyelar kejasama itu. 
“Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. 
“Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain,” katanya... laporan penuh sila baca di SINI

Kalau kita compile semua sikap tu.. iaitu tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai ditambah pula dengan bisu, pekak dan buta... macam mana punya manusia tu?

Aku tak setuju kalau dikatakan orang UMNO itu Bisu dan Pekak.. tapi aku sangat setuju kalau dikatakan orang UMNO itu Buta.. Buta perut maksud aku..



Previous Post Next Post