Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein..
Oleh kerana Zahid yang buat pendedahan itu.. aku ni nak percaya dengan tak percaya sama banyak.. pasal dah banyak pendedahan yang dia buat tu tak berasas langsung..
Antaranya... ada bukti pemimpin pembangkang menjadi dalang pencerobohan pengganas Sulu, lepas tu ada bukti 'Gred A' kononnya Mat Sabu pengikut Syiah dan ada bukti pemimpin politik bersekongkol dengan gangster di Perak.. tak buktinya langsung tak terbukti hingga ke hari ini..
Terbaru pengumuman tentang penanguhan kemasukkan 1.5 Juta Bangla tu.. kata ditangguh tapi ramai yang upload gambar dalam Facebook tentang kemasukkan Bangla yang masih berterusan..
Jadi untuk melihat adakah yang mempercayai dakwaan Zahid itu.. aku download dan uploads semula video dari MalaysiaKini tu ke pages aku dengan pertanyaan 'Boleh percaya ke?'.. lihat di SINI
Terbukti.. bukan aku sorang saja yang tak berapa nak percaya cerita Zahid tu.. malah ramai lagi yang tak percaya, dari lebih 160 komen.. majoriti tak percaya pun..
Begitu juga dalam ruangan komen dalam MalaysiaKini mengenai pendedahan Zahid itu.. dari hampir 400 komen.. majoriti juga tak percaya.. malah ramai yang mentertawakan cerita Zahid itu..
Hari ini.. Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS juga mempamirkan reaksi yang sama.. "Jangan nak alih isu" katanya.. Ha.. ha.. ha..
Laporan berkaitan..
PAS menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting tersebut.
“Jangan biarkan berita-berita seperti cubaan penculikan setahun lepas mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara yang lebih penting,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” telah merancang menculik perdana menteri, menteri dalam negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Berhubung calon gabenor baru, PAS juga mengingatkan bahawa pengganti Zeti mesti dipilih daripada pihak yang tidak pernah terlibat dalam kabinet Najib.
Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu penting untuk menjaga imej dan integriti BNM.
Ini kerana, katanya lagi, perdana menteri masih tidak menyaman media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) yang mula-mula melaporkan dakwaan skandalnya dalam isu 1MDB.
“Calon yang menggantikan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mestilah dari kalangan mereka yang bebas politik,” katanya.
Sementara itu, PAS juga memohon Zeti diberikan lanjutan kontrak sekiranya laporan audit 1MDB memerlukan beliau mengambil tindakan tertentu.
“Biar Tan Sri Zeti memenuhi hasratnya untuk melihat isu 1MDB diselesaikan sebelum bersara,” katanya lapor MalaysiaKini
Yang aku paling hairan ialah.. IS nak culik Najib tu.. kalau dijadikan headline suratkhabar.. laris jugaklah surat khabar tu.. tapi kenapa tak adapun suratkhabar yang melaporkan berita tu tahun lepas?