Rafizi Direman Tiga Hari, Sebab Dedah Dokumen Audit 1MDB


Mahkamah Majistret di sini membenarkan polis menahan reman pemimpin kanan PKR Rafizi Ramli bagi siasatan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahan dokumen audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman selam tiga hari, hingga Jumaat, dimohon polis selepas naib presiden PKR itu ditangkap mengejut di depan pintuk masuk Parlimen petang semalam.

Rafizi, yang terkenal dengan siri-siri pendedahannya, sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen sulit laporan Jabatan Audit Negara terhadap syarikat pelaburan yang kontroversi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan Rafizi ditahan untuk siasatan bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Jabatan audit mengkelaskan laporannya sebagai "rahsia" bagi mengelak ia dibocorkan kepada umum sementara menunggu ia didedahkan kepada Parlimen ~ MMO


Previous Post Next Post