Kasihilah UMNO Demi Bangsa Melayu – Khaled Nordin


"Bulan ini genaplah 70 tahun usia parti UMNO dan saya ingin mengajak semua yang mengasihi UMNO dan perjuangannya agar gigih berusaha untuk menjelmakan harapan baharu demi perjuangan paling mulia ini.

"Marilah kita menumpahkan keringat, masa dan ikhtiar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik bagi UMNO agar ia kekal menjadi instutusi terbaik bangsa Melayu,".

Itu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi emel.

Katanya, UMNO yang diasaskan 70 tahun dahulu hanya satu tujuan iaitu menjadi wadah politik untuk menambaihbaik kedudukan, pengaruh dan kelangsungan bangsa Malayu.

"Kepada pendiri bangsa, inilah satu-satunya aspirasi politik UMNO, iaitu memperjuangkan Melayu dan kepentingannya.

"Tiada yang lebih penting, lebih mulia dan lebih berharga selain mencipta sebuah bangsa yang mandiri, berkemajuan dan berguna pada tanahair," ujarnya.

Malah katanya, pada pendiri bangsa, perjuangan untuk kebaikan bangsa adalah juga tuntutan agama yang mana kedua-duanya adalah kutub yang tidak terpisah, malah saling menguatkan.

"Mereka hidupkan UMNO dengan keringat, dengan darah, dengan airmata dan dengan segala pengorbanan yang selayaknya sehingga UMNO menjadi pergerakan politik moden dan berjaya. 

"Setelah 70 tahun, generasi pewaris UMNO berjaya menggalas amanah ini dan mendepaninya dengan bijaksana," katanya.

Kata Menteri Besar Johor itu, tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa UMNO adalah pacuan sebenar yang membina Malaysia dengan bersatu padu dan berjaya.

"Hanya UMNO yang menerajui kelahiran Malaysia penuh progresif, berdaya saing, moden dan berperwatakan global.

"Kita harus melakukannya secara kolektif iaitu satu parti, satu perjuangan, satu bangsa, semuanya saling mendukung, erat dan mengukuhkan," tegasnya. - MalaysiaGazette

Ha.. ha.. ha... dah 60 tahun memerintah pun masih nak merayu lagi?.. kenapa?


Previous Post Next Post