PRK Kuala Kangsar Dan Sungai Besar Diadakan Serentak..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, masing-masing pada 5 Jun dan 18 Jun ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Jun ini. 

PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.

Mereka antara enam yang terkorban dalam nahas itu selain suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas lapor mStar


Previous Post Next Post