Pengerusi NGO Anti Jenayah Ditahan Peras Ugut RM300,000 Sebulan


Akibat tidak tahan dengan peras ugut berterusan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkaitan jenayah, pengusaha judi ekor haram tampil membuat laporan polis.

Pengusaha itu mendedahkan suspek bergelar Datuk itu memeras ugut wang berjumlah RM25,000 sebulan.

Ekoran itu, suspek ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.



Menurut sumber seperti yang dipetik sebuah laporan portal, pengerusi ini memperoleh hasil peras ugut sebanyak RM300,000 setiap bulan sejak beberapa tahun.

Tambah sumber lagi, pengerusi itu dikesan membuat peras ugut terhadap pengusaha judi haram di seluruh negara antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

“Kami mendapati nilai tertinggi yang direkod dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk itu ialah RM25,000 sebulan,” kata sumber.

Dalam satu lagi kenyataan, sumber turut menyatakan pengerusi yang berusia 30an merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun belum dapat disahkan tahap penglibatannya dalam kumpulan haram itu.

Pengerusi yang ditahan itu terkenal dengan pelbagai pendedahan lantang aktiviti berkaitan jenayah seperti judi, maksiat dan kongsi gelap.

Dia ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.

Menurut laporan berita itu lagi, pengerusi terbabit bertemu pengusaha judi haram dan memeras ugut untuk bersetuju dengan rundingan RM25,000 sebulan jika tidak mahu kegiatannya didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.



“Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk ketika berurusan dengan pengusaha itu,” petik laporan itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya lapor FMT.. Video sila lihat di ( SINI )


Penahananya telah disahkan oleh KPN menurut laporan dari Berita Harian..

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan penahanan seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah malam tadi, dilakukan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti peras ugut.  
Katanya, suspek berpangkat Datuk berusia 32 tahun itu ditahan ketika bersama seorang mangsa yang diugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu aktiviti haramnya didedahkan kepada media atau pihak berkuasa.  
"Saya sahkan tindakan menangkap suspek dilakukan berdasarkan laporan mangsa yang sering menerima ugutan.  
"Lelaki itu ditahan ketika menerima wang daripada pengadu (mangsa)," katanya kepada BH, sebentar tadi.  
Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, suspek ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.50 malam tadi bersama wang tunai berjumlah RM25,000, dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.  
Polis turut merampas wang tunai RM16,000 dalam kereta Toyota Vellfire dinaiki suspek.  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/167352


Hmmm.. macam kenal saja ni..
Previous Post Next Post