Pengerusi MyWatch Ditahan Lagi 60 Hari?


Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Poca selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu lapor Sinar

Sementara itu AstroAwani pula melaporkan..

Sanjeevan, 32, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 4.30 petang Ahad mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan laporan polis terbaru terhadap beliau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Sanjeevan sebelum ini ditahan reman beberapa kali mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan pemerasan terhadap pengendali judi ekor tanpa lesen.

Menurut peguamnya R. Prakash, sejak ditahan 22 Jun lalu, terdapat tujuh laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan.

Bagaimanapun setelah dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini..

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) R Sri Sanjeevanditahan reman selama 21 hari, kata peguamnya Preakas Sampunathan. 

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah reman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) semasa pendengaran pada 11 pagi hari ini.

"Kami membangkitkan bantahan bahawa beliau (Sanjeevan) tidak termasuk di bawah kategori yang boleh didaftarkan dalam jadual pertama Poca, dan beliau telahpun ditahan (19 hari) bagi kesalahan lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Meskipun dibantah, beliau berkata majistret memberikan reman selama 21 yang dibenarkan di bawah Seksyen 4 (1), yang boleh dilanjutkan selama 38 hari.

Laporan penuh silalah baca di SINI



Previous Post Next Post