Tak rugi nampaknya Najib lantik Datuk Johari Abdul Ghani ni sebagai Menteri Kewangan Kedua.. kuat kipas rupanya..
Nak pertahan Najib sambil memperbodohkan Perwakilan Umno Bahagian Cheras yang mendengar ucapannya.. berkatalah dia semua dalam pengurusan 1MDB tu mangkuk hayun..
"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.
"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.
Tak tahu pulak samada dia tak tahu atau dia terlupa.. mangkuk-mangkuk hayun yang dia kata ada dalam pengurusan 1MDB tu adalah dilantik oleh Najib sendiri..
Sebab.. Artikel 117 Memorandum Syarikat 1MDB menyatakan apa juga tindakan dari segi perlantikan pengurusan dan sebagainya hendaklah dirujuk kepada Perdana Menteri.
Jadi kalau yang dilantik itu ialah mangku-mangkuk hayun.. yang melantik tu apa pulak?
Laporan berkaitan..
Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.
"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.
"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.
"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.
Jelas Johari lagi, kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.
"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.
"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.
Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.
"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.
"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya lapor Sinar Harian