KELANTANGAN mantan Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang mempersoalkan tentang 1MDB di dewan rakyat nampaknya tidak dijawab sebaliknya dibalas dengan pendedahan skandal seks oleh portal pro Najib.
Sudah menjadi kebiasaan Umno akan gunakan isu seks untuk membunuh karakter sesiapa yang menentang mereka.
Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diserang dengan isu skandal seks dengan isteri seorang hakim.
Kali ini nampaknya giliran Datuk Husni Hanadzlah pula apabila sebuah portal pro Najib mendakwa kononnya beliau telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual dan banyak laporan dibuat terhadap beliau daripada wanita-wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka.
Datuk Husni turut didakwa kononnya tidur dengan isteri orang dan rahsianya itu kini akan kembali menghantui kerana beliau berpura-pura sebagai seorang lelaki yang alim, padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat tulis portal pro Najib tersebut.
Berikut adalah petikan laporan tersebut..
Sebagai Menteri Kewangan, Husni bukan sahaja boleh meluluskan projek sambungan lebuh raya RM2 bilion anaknya, beliau akan menjadi ketua jawatankuasa yang kepada beberapa komiti yang sangat penting dan komiti yang sangat berkuasa. Projek sambungan lebuhraya yang bernilai RM2 billion hanyalah sebagai permulaan dari banyak lagi projek yang akan datang.
Tetapi apa yang lebih penting daripada itu adalah hakikatnya bahawa Najib memendam perasaan lebih daripada sekali. Terdapat begitu banyak tuduhan gangguan seksual dan salah laku lain yang dibuat terhadap Husni. Beberapa wanita di pejabatnya telah membuat aduan bahawa Husni telah meraba buah dada dan punggung mereka. Terdapat juga aduan mengenai hubungan sulit Husni dengan seorang wanita yang sudah berkahwin daripada UMNO bahagiannya, menurut Raja Petra.
Mereka sebenarnya mahu melancarkan siasatan keatas tuduhan yang sebegitu banyak ini namun Najib memilih memberikan Husni “benefit of the doubt”. Jika tidak Husni akan diheret ke mahkamah lebih dari satu kes ganggual seksual. Dan itu tidak termasuk suami kepada wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan beliau telah memfailkan penceraian, menurut RPK lagi.
Jadi, selepas kes perceraian Nika Gee kerana hubungan sulit beliau dengan Muhyiddin Yassin, kita akan melihat kes perceraian kedua melibatkan perempuan simpanan Husni dan suaminya. Tetapi Najib memandang ringan kes ini untuk membantu Husni mengelakkan skandal yang besar dan memalukan beliau dan keluarganya, kata Raja Petra.
Nak baca lagi.. bacalah kat SINI
Ohhh.. petikan dari tulisan Raja Petra rupanya.. tapi dulu puak-puak UMNO ni langsung tak percaya apa yang ditulis oleh Raja Petra tu.. sekarang percayalah pulak..