Jamal: Bersih 7 Sebab Bersih 5 Gagal


Nama Bersih 7 dipilih kerana kita ambil sempena Bersih 5 yang telah gagal supaya nama Bersih ini benar-benar 'bersih' dan 7, tujuh perkara yang kami tuntut.”


Itu penerangan terperinci Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos, ketika ditanya media berkenaan pemilihan nama Bersih 7 bagi siri jelajah yang bakal diadakan.

“Kita nak bersihkan kerajaan negeri Selangor yang kotor, rasuah, penipu dan penyamun ni. Bersih tu kotor, ni bersih yang bersih dan kita takkan 'hijack' sesiapa,” katanya pada sidang media pelancaran Bersih 7 di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Menurut Jamal, Bersih 7 akan memulakan siri jelajah di 700 lokasi seluruh Selangor bermula Sabtu ini di Sekinchan dan dijangka berakhir April depan.

“Kenapa Sekinchan? Saya mulakan dengan Sekinchan kerana saya suka dengan Ng Sue Lim (Adun Sekinchan),” katanya menjawab soalan media mengenai lokasi pilihan pertama siri jelajah itu.

Tambahnya, beliau yakin siri jelajah tersebut akan mencapai matlamat sekali gus impian kerajaan pemerintahan negeri Selangor 'bertukar tangan' tercapai.

“Kerajaan yang perintah negeri Selangor ini akan terbalik dan lepas pilihan raya, kerajaan akan ditukarkan.

“Saya percaya lepas tu rakyat Selangor akan percaya tentang kewibawaan kerajaan BN dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas siri jelajah di 700 lokasi,” katanya lapor Sinar


Previous Post Next Post