Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini diserang oleh kumpulan yang percayai dari Pasir Salak di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.
Pada kejadian itu, kira-kira 12 orang bergegas dari pintu lobi Parlimen ke arah keretanya dan mula mencercanya.
Kekecohan itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila ada yang cuba untuk merempuh kawalan anggota keselamatan Parlimen yang cuba melindungi Khalid.
Berikutan pergelutan itu, seorang anggota keselamatan dan beberapa penyerang berkenaan dilaporkan terjatuh.
Mereka juga dilaporkan berjaya menarik baju Khalid tetapi gagal memukulnya. Pemimpin AMANAH itu kemudiannya diiringi ke lobi Dewan.
Seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menjerit "Kami dari Pasir Salak ni bukan sial!"
Kumpulan itu juga melaungkan "Hidup Pasir Salak!" sebelum beredar.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Khalid berkata seorang daripada ahli kumpulan itu mengaku dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
"Dia kata kat saya kenapa awak panggil bapa saya sial?" kata ahli parlimen AMANAH tersebut.
Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.
Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu lapor Malaysiakini
Video dari The Star