Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia Kecam Lawatan Hadi Ke Iran


Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat.

“Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara berkenaan dan ia tidak bercanggah dengan pandangan Sheikh Al-Qaradawi.

Dalam kenyataan sama, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata, pihaknya tidak dapat menerima lawatan itu dilakukan atas nama pertubuhan kecuali dilakukan atas nama individu sendiri.

“Ia dianggap tidak boleh diterima dilakukan oleh pimpinan pertubuhan ini, kecuali dilakukan atas kapasiti individu.

“Diharap agar Abdul Hadi dapat menilai semula lawatan ini yang langsung tak dapat diterima, sama ada pada masanya dan tempatnya.

“Kesatuan Ulama berusaha ke arah kesatuan umat Islam tetapi mengambil pendirian jelas menentang sikap yang diambil Iran.

“Pada masa sama kita tidak melupakan peristiwa pedih yang menimpa umat Islam, pertumpahan darah di Aleppo, jutaan terbunuh, cedera dan ditangkap di kalangan warga Syria di semua tempat,” katanya lapor IsmaWeb

Ini terjemahan kenyataannya..

"Kesatuan Ulama Islam se-Dunia mengutuk ziarah TG Hadi ke Iran : 
Kesatuan Ulama Islam se-Dunia -yang diwakili pengerusinya al-'Allamah Dr Yusuf al Qaradhawi dan setiausaha agung Dr Ali al Qaradaghi- dengan keras mengutuk tindakan ziarah Syeikh Abdul Hadi Awang-Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam Malaysia- ke Iran baru-baru ini. 
Kesatuan Ulama Islam Sedunia juga terkejut dengan tarikh ziarah ini diadakan, di masa yang mana Iran menjalankan jenayahnya yang sangat kejam membunuh Ummat kita di Aleppo secara khusus, dan Syria umumnya, tambahan dengan peranan(hegemoni)nya dan kerakusannya di negara-negara kita seperti di Iraq dan Yaman.

Dalam KUIS mengutuk ziarah ini, yang dilakukan pada waktu ini (waktu perang Syiah-Sunni), yang mana ia dikira sebagai ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalamnya(KUIS), dan (yang mana ziarah itu) tidak dikira (sebagai wakil KUIS) tetapi atas kapasiti peribadi sahaja, dalam masa ini KUIS menunggu daripada Syeikh Abdul Hadi Awang untuk menarik diri daripada ziarah yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak pada masanya dan tidak juga pada tempatnya! 
Dalam usaha KUIS menyatukan Ummat Islam, KUIS juga mengambil pendirian yang jelas menentang kerakusan projek sektarianisma(Syiah) Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh Ummat kita, dan penumpahan darah yang mengalir di Aleppo, dan jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di Syria keseluruhan."

Kenyataan tersebut boleh dilihat di SINI

Kenyataannya secara terbuka mungkin bagi menjawab kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat ni kot.. tengok perenggan No. 5



Sekali serban dililit...
Previous Post Next Post