Najib Cuba Nak Perbodohkan Melayu Lagi Dengan Isu DAP..


Sepatutnya Najib ni carilah idea lain untuk menakut-nakutkan dan memperbodohkan orang Melayu.. ni tak habis-habis dia nak gempar dengan nama DAP..


"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.

Orang Melayu sekarang bukannya bodoh sangatlah Najib, majoriti boleh berfikir secara rasional.. yang minoriti tu ada dalam UMNO..

Bagaimana DAP boleh mendominasi pemerintahan negara kita sedangkan DAP hanya bertanding 51 Kerusi Parlimen dari 222 yang ada?

Itupun DAP hanya menang 38 Kerusi Parlimen itu?.. lagipun kalau DAP menang kesemua 51 Kerusi Parlimen yang ditandinginya, DAP sendirian tak mungkin menjadi parti majoriti

Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP. 
Presiden Umno berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut. 
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini. 
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa. 
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya. 
Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya. 
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya. 
Presiden Umno turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam. 
Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera. 
Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar. 
Laporan penuh silalah baca di SINI

Yang dia cakap tu semua dijamin oleh perlembagaan.. sudah-sudahlah Najib jangan perbodoh rakyat, perbodoh ahli UMNO tak apa..
Previous Post Next Post