Kalaulah Insiden Bogel Ni Berlaku Di Pulau Pinang..


Suatu masa dulu bila tersebar isu mengenai isu pesta sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang tak pasal pasal Ketua Menteri Pulau Pinang menjadi sasaran serangan macai-macai UMNO..

Walaupun insiden tersebut berlaku di Taman Negara Pulau Pinang dan kawasan itu adalah di bawah kendalian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) tapi Guan Eng juga yang disalahkan.

Malah beberapa media yang ditunggang UMNO/BN mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba untuk lepas tangan dalam hal ini..

Tapi bila ianya berlaku di Pahang, negeri asal Najib yang ditadbir oleh Menteri Besar dari UMNO dan melibatkan lebih ramai yang berbogel.. tak ada pulak media arus perdana yang meletakkan kesalahan atas bahu MB Pahang itu... kenapa?.. takut kena banned ke? atau takut kena halau dari sidang media??

Laporan berkaitan..

BENTONG, 23 Jan — Insiden pengunjung berbogel dan berkelakuan tidak sopan di sebuah resort di sini Sabtu lalu bukan kejadian pertama, malah kejadian serupa pernah berlaku beberapa bulan lalu.

Pengerusi jawatankuasa penduduk kawasan itu, Rozzana Chung Abdullah, 59, mendakwa beliau pernah melihat ratusan peserta mandi tanpa segan silu termasuk ada yang berbogel pada satu penganjuran acara sukan di situ.

“Hampir 1,600 individu menyertai acara itu. Mereka mendirikan khemah dan tandas sementara.

“Bilik tidur saya berdepan padang permainan itu, menyebabkan saya dapat melihat dengan jelas mereka hanya memakai seluar dalam dan ada yang berbogel semasa mandi secara terbuka,” katanya semasa ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Rozzana menambah sebelum ini, sebuah syarikat lain juga pernah menganjurkan kem motivasi di lokasi yang sama.

Antara pengisiannya ialah acara merebut bola yang dakwanya, ada peserta lelaki mengambil peluang memeluk peserta perempuan.

Menceritakan kembali kejadian pada petang Sabtu lalu, Rozzana berkata penghuni di situ tidak dimaklumkan mengenai penganjuran kem motivasi itu kerana ia adalah urusan resort berkenaan, yang merupakan pemaju pusat peranginan itu.

Beliau menambah, penganjuran aktiviti sukan dan kem motivasi sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, termasuk penganjuran kem motivasi kontroversi itu anjuran sebuah syarikat.

“Saya hanya sedar tentang penganjuran kem itu apabila mendengar muzik yang kuat sekitar pukul 3 atau 4 petang memandangkan balkoni rumah saya menghadap padang permainan itu, tetapi saya tidak begitu mengendahkannya.

“Bagaimanapun pada pukul 6 petang, ketika hendak membuang sampah saya melihat jiran ketawa dan apabila ditanya mereka memaklumkan ada ramai lelaki yang sedang berbogel di padang,” katanya.

Tambahnya, selaku pengerusi jawatankuasa penduduk, beliau menerima banyak pertanyaan daripada penghuni resort itu yang juga marah dengan kejadian itu sama ada menerusi Whatsapp atau panggilan telefon.

“Ini bukan hanya resort tapi juga kawasan perumahan. Ada di antara kami mempunyai anak kecil. Kawasan itu pula adalah padang permainan. Saya tidak faham perangai sebegitu.

“Saya sendiri merasa tidak selamat dengan persekitaran sebegitu menyebabkan saya segera menghubungi saudara mara dan menasihatkan mereka supaya tidak membenarkan anak mereka bergaul dengan sembarangan orang,” kata beliau.

Katanya, terdapat 776 unit rumah di situ, namun hanya kira-kira 100 keluarga tinggal secara tetap di situ, manakala yang lain menjadikan kediaman itu sebagai rumah persinggahan hujung minggu.

Laporan penuh bacalah di SINI

Kalau jadi kat Penang salah Guan Eng laaaaa...



Previous Post Next Post